Friday, April 20, 2012

Mimpi rupanya !


takda apa yang best tengahari ni.
saja nak bercerita merepek hari ini.
al- maklumlah, semalam, maksud saya malam semalam. saya bermimpi,  yang  peliknya
saya rasa mimpi kali ini sangat berbeza dari mimpi-mimpi yang lain, rasanya ini kali pertama saya bermimpi sebegini, kelakar pun ada.
nak tahu apa mimpi tu, aduh, kelakarnya nak cakap.
sebenarnya saya mimpi saya mengandung.hahahahahaha.
apalah sengal sangat mimpi macam tu.
hai nadia,nadia, dah berangan sangat nak kahwin ke ape.adoihaiii

haaa,sudah2, sambung balik cerita kita

bermulanya kisah, si gadis dan jejaka tersebut.
saling kenal mengenali, tapi tak pasti di mana pernah temui dia?
di sekolah? tak pulak, di universiti? tak pulak. di tempat kerja ? lagilah bukan,
tapi saya tak pasti di mana.
siapakah gerangannya? siapakah?
(yang pasti dalam mimpi itu, saya dapat melihat wajah dia,tapi saya tetap tak kenal dia,yang pasti dia sangat kacak.amboi2.berangan sungguh)
memang mimpi mainan tidur betul.

sampailah satu masa ,si gadis dan jejaka itu berkahwin .hihih
bermulalah kisah si suami dan si isteri
(best pulak saat tu, agak2nye, masa tengah mimpi itu mesti muka saya tersengih2 macam kerang busuk..kahkah.)

then, beberapa tahun kemudian, si isteri itu mengandung,(dalam mimpi ok?)
dan ketika mengandung tu pulak, macam2 masalah yang timbul. adoi, pelik betul mimpi ni, tiba2 ada pulak orang lain yang mengandungkan anak si isteri ini, (Abaikan ayat ini, merepek betul)huhu

ketika nak melahirkan anak itu,si isteri menghadapi kesulitan, bayi dalam perut tu, macam susah sangat nak keluar? ha? 
tapi yang romantisnya, si suami yang kacak itu tidak jemu dan sentiasa di samping isterinya ini,heeeehehe, (alamak soo..sweeeeett..) dalam mimipi selalu begini.haha

akhirnya selepas 4jam bertarung , bayi tersebut selamat di lahirkan.
betapa gembiranya hati isteri ini. tetapi, keadaan ceria terus bertukar menjadi suram kerana ada masalah pada bayi tersebut.

doktor memberi tahu suami,
suami pula meminta supaya si isteri ini bersabar dan bertenang, bayi tersebut mengalami masalah otak ketika dilahirkan? masalah otak apa ini?
(makin rumit mimpi ini? tak tahulah masalah otak apa. sebab tak ingat dah mimpi ini, tapi yang pastinya terdapat masalah komplikasi ketika melahirkannya dan menyebabkan ganguan otak terhadap bayi itu. ok? jelas kan..

si isteri ini terus tergamam ,dia tidak dapat menerima kenyataan bayinya mungkin sukar bertahan lama di sebabkan masalahtersebut
si suami terus meluru ke arah isterinya dan memeluknya  . si suami  cuba untuk menenangkan hati isterinya
........dan saat itu,
terdengarlah bunyi sesuatu
selawat syifa,,,,,,,,macam bunyi telefon saya berbunyi
mata terus terbuka,

lahhh, sahlah...mimpi rupanya.....sengal betul, ingat betul2,, apa dahhh
( yang pasti saya yang berada dalam mimpi tersebut,kahkah) 


haha, sengal kan. 
BTW
mIMpi tak pernah menjadi kenyataan
dan sering menjadi mainan tidur manusia.
so , jangan berangan sangat mimpi jadi kenyataan ye,,
hihihihihihi.
bukannya tak percaya,
tapi not 100% tau sayang.hehe

ok.ok.ok. apalah mimpi ni.TAK KENYATAAN LANGSUNG,K BAI.




Wednesday, April 11, 2012

they are lossing their weight seriously


inilah perubahan yang telah mereka lakukan,
ALHAMDULILLAH, IA BERKESAN !!! ANDA PULA BAGAIMANA,? 
fikirkanlah untuk kesihatan yang berpanjangan









LOSE YOUR WEIGHT with better NUTRITION


hari ni saya nak cerita bagaimana nak lose weight within 2 weeks with better nutrition in your body. this is serious,

this is about the HERBALIFE that change mylife



perkenalkan formula 1?
apa dia tu?

listen here and read carefully dear..

1) okay Formula 1 ni perkara yg paling utama sebab F1 ni mengandungi 55nutrient, 18 amino acid, 19 vitamin... yg kite susah nk dapat dlm makanan seharian.. cube anda bayangkan.. mcm mane nk cari makanan yg ade 19 vitamin sekaligus?? nk telan vitamin pon tak larat kan.. nak cucuk vitamin C kat kulit lg la takut... tp F1 ni ade 19vitamin, serat, herba & nutrisi2 yg badan kite perlukan..

2) setiap hidangan mengandungi 180-200 calories wow!!! dah la banyak vitamin n nutrisi.. lepas tu caloriesnya sangat rendah.. kalau roti canai kosong 1 keping 300 calorie.. tp tak dpt vitamin... dpt sakit, dpt minyak adelah... :)

3) 0 cholestrol, 0 trans fat

4) 5 FLAVOR!!! Dutch Chocolate, French Vanilla, Cappucino, Strawberry & Tropical Fruit... just pilih jek nak flavor ape.. kan best kalau kite lose weight dengan shake yg mcm2 perisa... tak lah jemu kan.. so diet kite sangatt seronok kan !! ^_^



FORMULA 2.

Formula 2 ni  adalah tea mix herbalife yg memang sangat power.. sebab explaination dia sangat mudah... semudah A, B, C, D, E! by the way, tea ni di tanam dekat China.. :)
they consist of :

A- Antioxidant
B- Burn Calories
C- Curb Hunger & Cleansing
D- Detox
E- Energy Booster!!

haaa. so do you understand right? segala kebaikan yang terdapat dalam teh ni kan.kiranya teh ni macam "Teh Senaman".... kalau minum suam2/ panas2  for sure berpeluh... tak payah tambah gula... terus tuang sahaja... simple kan..dan dia mempunyai bau lemon yang sangat sedap dan harum..hee



NEXT !
FORMULA 3 ~ the protein

1) membantu menurunkan berat badan lebih cepat
2) meningkatkan metabolisme dalam bdn
3) membina & menyokong otot
4) shaping badan supaye tak flabby (ni part paling nadz suke)
5) tahan lapar lebih lama
.................................................................

kalau nak lagi berkesan, my supervisor cadangkan Herbal Aloe Concentrate.. so nadz pon nak cadangkan kat korang la..... sebab herbal aloe ni macam "shampoo" untuk bdn kite la...banyak kebaikannya, kalau kite basuh rambut tak pakai shampoo tak bersih kan??? kalau basuh badan tak pakai sabun tak bersih kan?? so camner kulit nak bersih, nak sihat, nak wangi kan?? heeee ^_^


so begitu jugaklah function Aloe Concentrate..

1) bersihkan saluran usus
2) biler saluran usus bersih, penyerapan nutrisi (F1, F2, F3) lebih mudah nak masuk badan.. bile mudah nak masuk bdn, lebih berkesan la product :)
3) bagus untuk pembakaran lemak..
4) bantu untuk masalah kulit
5) bantu untuk menyembuhkan ulcer...

..... & banyak lagi fuction dia kalau nk senarai.. kene cube sendiri tau... MESTI CUBA!! :)

HARGA :


1.formula 1 + formula 3 + tea : RM 407 (FULL SET)
2. formula 1 + tea (RM 291)
3. formula 1 (RM 163)



this is not the price,but focus on the quality people.
percaya atau tidak terpulang kepada anda, better nutritionin your body, you get better healthier lifestyle. ^_^




Tuesday, April 10, 2012

HERBALIFE UPCOMING my NEW LIFE


i have something to share right now. Its about HERBALIFE, It's just my firsttime in my life and i would like to try to make it. Insyallah. and everything would be guiding by my friends Atiqah'. Insyallah.

someone would say that ,and from what they see from their eyes, HERBALIFE, what a such of that thing right?.  Yes !, it same goes to me. 
nobody knows it, me neither . but selepas my friends involve. so ia membuatkan saya tertanya dan ingin memahaminya dengan lebih mendalam. bukanya tak berguna, saya rasa banyak ilmu yang berguna saya dapat. saya bukannya mahu jadi seperti teman saya. saya cuma mahu jadi diri sendiri, bukanya harta saya kejar semata-mata, saya mahu cari pengalaman yang berguna yang bakal membantu saya pada masa akan datang. so what i think, and i guess this could be the right way instead of to improve myself.hehe. kalau rezeki itu Allah bagi Insyallah aku akan cuba teruskan.kuatkan aku ya allah.

Insyallah, it would begin from the HERBALIFE. 
saya harap segala-galanya bermula dengan izin Allah sokongan dari kedua-dua ibu dan ayah saya. dan seluruh keluarga saya juga sahabat-sahabat handai sekalian

ok.saya betul-betul terlupa HERBALIFE ini sejenis apa ye.?.
ok lets see.

 HERBALIFE is coming in Malaysia since the year 2006 so Herbalife hari ini  telah mencipta dunia yang lebih sihat- satu orang pada satu masa. pencapaian yang sangat cemerlang. 

so apa itu HERBALIFE ? 
HERBALIFE sebenarnya adalah product kesihatan yang bukan semata-matanya menjadikan anda slim malah menaikkan bera badan serta mengekalkan berat badan yang ideal. Dalam erti kata lain HERBALIFE bukanlah ubat kurus tetapi product kesihatan iaitu product yang membekalkan nutrient yang mencukupi untuk keperluan tubuh yang sihat dan cergas sepanjang masa .


Wah.. hebatnya kan HERBALIFE  ini kan.. tetapi secara jujurnya i'm not using it. but since my friend, family my mom is using it, saya nampaknya dengan jelas dan Alhamdulillah, berkesan. 

Insyallah, saya dalam perjalanan untuk menggunakannya nanti.


this is it the product







okay, that it is look alike. are you satisfied? heheh

YES!, this could be interesting, trust me ! Insyallah

thats all for today
Thanks you for reading dear

# tomorrow i would like to share and show all the type of the product .  
(macam supervisor lah pulak, BAKAL ni.tengoklah apa yang akan terjadi dengan saya nanti) Nanti kan ye hehehe

Wednesday, April 4, 2012

The Canny Ong Murder



Masih ingat lagi kah kita pada tahun 2003 digemparkan dengan satu kes pembunuhan seorang Penganalisis Teknologi Maklumat iaitu Canny Ong. kes pembunuhan beliau telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia ketika itu, betapa tragisnya pembunuhan beliau. betapa sekejam-kejamnya orang yang bertopengkan manusia itu. walaupun peristiwa ini sudah kira-kira 10 tahun yang lalu, tetapi kejadian yang seperti ini masih tetap berlaku di Malaysia, bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. di sini saya ingin menceritakan sedikit bingkisan kisah pembunuhan beliau.Bagi yang terlupa atau tak tahu, Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.Untuk pengetahuan anda, suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.
Secara ringkasnya, plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau.
Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.



beginilah mayat canny ong yang ditemui rentung

Dan sebagai mengenangkan kembali peristiwa tersebut, dokumentari istimewa berjudul The Murder of Canny Ong, di tayangkan di televisyen.betapa kejamnya manusia tersebut.pembunuh tersebut akhirnya ditangkap dan akhirnya dikenakan hukuman gantung sehingga mati oleh Mahkamah Tinggi masih banyak lagi kes-kes yang sama seperti ini terjadi di sekeliling kita tanpa kita sedari sebenarnya. seperti kes mona fendy, kes pembunuhan noritta shamsudin, Datuk Sosilawati, Nurin Jazleen, Atlantuyaa Shaariibuu,. dan banyak lagi sebenarnya tidak dinyatakan.
Segerun nama, sekeras hukuman, Semakin hilangkah rasa perikemanusiaan? sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T melindungi kita setiap masa. Insyallah perkara-perkara tersebut dapat dielakkan. AMIN.





x