Thursday, June 28, 2012

Pergi GIM tapi Jogging di bilik, ha,Achane tu korang.!?


hai guys. ada buat apa2 tak hari ini. ? ? ?
 Rasanya eloklah kita pergi lakukan aktiviti2 yang sihat kan, tak kisah lah pagi ke, petang ke? malam ke? haha contohnye jogging, main badminton, berenang, berjalan ape2 jelah aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. so sepatutnya, aku sedang berjogging di GIM petang tadi. tapi tak sampai 10 minute, aku baru je nak naik basikal bergerak dalam gim tu, tiba-tiba ada la seorang pakcik ni kan, eh, abang ke.,apa2 jelah, dia tegur, dia kata " tak boleh pakai selipar kt dalam gim, kena keluar ye dik" hek eleh, tak semena2 betullah, aku yang tengah syok berjogging, terbantut terus.. selenge betul abg tu . aku dah lah tak bawak kasut, tertinggal kat rumah pulak,terlupa bawa balik, so terpaksalah aku memakai selipar jepun, sebelum ni pun aku pernah pakai selipar, takdepun orang tegur mengatakan tak boleh. sekarang pulak, dia dah wujudkan peraturan baru "kena pakai kasut sukan ye" . sebaiklah bukan aku seorang yang kena, aku dengan kawan aku, nak pergi pinjam kasut member lain pun dah malas, tak kuasa aku nak patah balik, memang tak lah kan.hadoii.. well dengan muka yang tak berapa nak malu sangat, aku melangkah keluar meninggalkan GIM dan balik ke bilik yang sejuk macam dekat LONDON..wakakakaka.

dengan hati yang agak panas melebur gitu, haha. aku jogging jelah dalam bilik , pun boleh kan,,haha, ok ape.
nak tahu aku buat apa? meh sini baca, aku share sikit

pertama sekali, korang buatlah regangan. bermula dari atas sehingga ke bawah

kepala dongak ke atas, ke kiri, ke kanan dan ke bawah (8x)
kemudian,
tangan kanan bawa dia ke kiri, manakala tangan kiri bawa ke kanan (8x)
kemudian,
lebarkan kedua-dua belah kaki, kemudian bengkokkan sedikit kaki kanan (8x)
dan bengkokkan pula kaki kiri (8x)

aku just state kan cara-cara yang basic, and the rest korang boleh buat sendiri.hehe

 ada dikalangan korang yang rendah tiba-tiba teringin nak jadi tinggi? pun boleh buat exercise ni tau.
korang boleh buat lompat bintang depan, belakang, kiri, kanan, (8x) ataupun lompat biasa (100x).
 (sebenarnya tak tinggi2 pun aku ni ha..haha)

    kemudian, untuk mengecilkan punggung ataupun peha boleh juga, korang buatlah cara seperti ini : baring di atas lantai,tapi korang kena alas dengan benda yang lembut, so takdelah sakit badan nanti
kemudian angkat kedua-dua belah kaki, kira sampai (20x)

   bawa badan korang mengiring  ke kanan, tangan kanan korang menongkat kepala, kemudian naikkan          kaki kiri ke atas dan bawah, kira sebanyak, 15x. (Sama juga dengan bahagian kiri ye)

   next, salah satu cara, untuk mengecilkan peha, korang cuba pula, sandarkan badan di dinding, kemudian     bongkokkan badan sedikit 90 darjah, tahan selama 10-15 minit confirm dapat rasa, ketegangannya. 

then untuk mengempiskan perut, korang kenalah buat tekan tubi  sebanyak, 50 kali,haha, amik kau
baru rasa kecut perut tu,,haha, takdelah, tak kisah korang nak buat macam mana, yang penting buat kan..

ada lagi cara-cara yang unik, lagi awesome lah aku rasa setakat ni dan korang boleh cuba juga, saja nak kongsi2 hihi.

kalau korang malas sangat nak bergerak, ke, nak melompat ke, nak berlari ke, boleh juga buat cara yang simple ni,,hehe

contohnye, dalam kelas. time korang duduk-duduk tu, korang boleh exercise tau sebenarnya,
cuba duduk menegak mengikut kerusi yang korang duduk, kemudian angkat kedua-dua belah kaki sambil melurus kan kaki, tahan selama 10-15 minit. rasa tegang di betis dan peha sangat mujarab..haha

kemudian, cara yang kedua korang angkat  dan goyang-goyang kan kaki, ataupun gerak-gerak kan kaki, tak kisah berapa kali korang nak buat, sampailah rasa penat kaki tu, hehe.

tengok, secara tidak langsung boleh menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas yang mungkin rasa boring tu kan dan boleh menguruskan peha dan betis korang tu,,hihih

dan satu lagi cara yang terakhir, dan aku juga tak lupa buat,,haha
masa tengah baring kat tilam tu, cuba korang angkat dan luruskan kedua-dua belah kaki di dinding, tak kisah berapa lama, sampailah korang dah rasa penat, memang best tau, cubalah try,, :D

so macam mana? rasa-rasanya korang boleh ke ikut ke?.hihi, terpulang pada diri masing-masing ye, ini cara-cara yang korang boleh buat bila tiada kesempatan nak pergi berjogging dekat luar, tapi dalam bilik pun boleh, dalam kelas pun boleh, senang cerita dekat mana-mana pun boleh, secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mengerakkan seluruh anggota badan kita.

yang penting, kita mesti sentiasa sihat, segar dan bertenaga selalu, 
bila kita sihat dan segar, takdalah rasa mengantuk dan letih kan
dan jangan lupa juga, minumlah "AIR KOSONG/ AIR SUAM" banyak2  8 GELAS sehari tau
barulah segala, kotoran dan toksin dapat bebas dari badan kita.

HA ACHANE korang? pergi GIM best jugak, Jogging dalam bilik pun best jugak.
pilih lah yang mana satu korang suka.hehe


fuiihhh. jari jemari ni pun dah cukup kaku menaip,kita berhenti sekejap, 
terima kasih membaca, harap-harap korang boleh jadi sihat, segar dan bertenaga,selepas membacanya,,hehehe.


#terima kasih yunie, sebab bawakan balik minuman teamix aku,aku pergi balik dan tertinggal air dekat GIM huwaaa :'D, 


Syukran Jazilan :)








Wednesday, June 27, 2012

Sahabat versus Best Friend


err. rasanya macam setiap saat, setiap minit aku, update.so dalam memikirkan masa depan ni, aku nak share-share sikit sesuatu.hihihi tajuknya berbunyi begini
                      " SAHABAT versus BEST FRIENDS"

apa pendapat korang? bagi aku sahabat versus best friends ni bunyi macam serupa tetapi berbeza karakternye (macam pelik je bunyi dia), haha

tapi itulah hakikatnya yang kita sahabat, kawan, teman, best friends. tiada yang beza sebenarnya. 
pada pendapat aku, aku lebih suka SAHABAT berbanding BEST FRIENDS. sebab apa? sebabnya bagi aku SAHABAT itu menunjukkan yang kita berkawan dengan sesiapa sahaja kita mahu, tak kiralah dia itu baik, jahat, buruk,cantik, pandai atau bodoh, maknanya dia tidak memilih dalam berkawan,maksudnya bukan terlalu rapat, tetapi secara terbuka  manakala BEST FRIENDS ini pula rasanya terlalu specific, maksudnya berkawan hanya berdua, bertiga sahaja, means kawan yang sangat rapat, kiranya dia hanya akan bercampur dengan kawan-kawanya  tertentu sahaja, tidak secara terbuka.

. masing-masing ada pendapat sendiri,so, itu pendapat aku. HA. korang macam mana pula? korang lebih suka BEST FRIENDS ke atau SAHABAT? korang rasa sahabat best ke bestfriend lagi best? so fikir-fikirkanlah ye.

Bila dalam berkawan ni, macam-macam kita dapat rasa, macam-macam wujud perasaan negatif. korang mesti ada kan? tipulah kamu kalau tak ada, semua yang ada kawan mesti pernah merasainya. contohnya yang paling biasa cemburu, dengki, sombong, kedekut ilmu, susah nak bergaul dengan orang lain, dan sebagainya. itu simptom-simtomp negatif yang sebenarnya kita tidak patut ada dalam sesuatu hubungan persahabatan.

contohnya, macam diri aku sendiri, rasanya, aku sendiri tak pernah wujudkan sebuah BEST FRIEND dalam hidup aku. sebab bagi aku, best friends buatkan hidup aku jadi lebih complicated. lebih senang aku anggap semua BEST FRIEND aku adalah sahabat-sahabat aku, tidak kira lelaki ataupun perempuan. aku lebih senang bergaul dengan semua orang, aku tidak mahu wujud perasaan-perasaan negatif dalam diri bila bersahabat. aku takut aku sendiri yang merana. 

dan satu hal lagi, ini sifat yang sudah terbiasa dalam diri aku, merendah diri, pemaaf dan meminta maaf memang sifat aku tu memang tak boleh lari dari hidup aku, 
biasanya, kalau aku merasakan aku buat satu kesilapan walaupun kesilapan itu kecil, aku tetap ingin meminta maaf. biasanya perlakuan itu aku lakukan apabila, aku meilihat air muka sesorang, mungkin, cara dia memandang kita, mungkin dia saling pandang-memandang antara kawanya. so secara tidak langsung aku boleh teka ,mungkin dia tidak suka aku, mungkin dia tidak suka cara aku. aku faham, jadi aku patut melakukan sesuatu, contohnya, aku berdiam diri, aku cuba menunjukkan riak seperti tiada apa-apa yang berlaku. dan ini salah satu sifat aku dalam bersahabat, aku sangat-sangat meneliti sifat atau air muka orang lain terhadap diri kita. di situ, kita dapat tahu yang kita mungkin ada kesalahan, atau kesilapan yang mungkin membuatkan orang lain kurang senang dengan kita. kalau dia kelihatan sedih atau tidak gembira, secara automatiknya, saya cepat-cepat akan cuba buat dia gembira dan boleh juga kita memohon maaf, mungkin ada kesalan yang membuatkannya kecil hati, tak salahkan kita buat benda baik. 

bagi aku dan cara aku, cukuplah jika sahabat-sahabat kita tu bahagia dan gembira. aku sanggup buat apa, supaya semua sahabat aku gembira, bahagia,  dan tiada sifat negatif yang wujud dalam diri masing-masing.


mungkin pernah wujud , perasaan-perasaan negatif dalam diri, tapi aku cuba untuk mengelakkan, sebab aku tidak mahu kehilangan semua sahabatku. sebabnya aku terlalu sayangkan semua sahabatku sebagaimana aku terlalu sayangkan Allah, sebegitulah, kuatnya sayang aku terhadap mereka.

tiada sahabat, maka tiada wujudnya gelak ketawa. 
hilang persefahaman, hilanglah kejujuran.
maka hilanglah nilai persahabatan.

". sahabat , aku mohon semoga Allah meredhai persahabatan kita ini, semoga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa kita, setiap apa kesalahan yang dilakukan, kita hanya manusia yang hina di mata Allah, sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan kesempatan untuk kita bersama-sama mewujudkan kasih sayang antara kita,Insyallah. AMIN


# jujurnya aku sayang semua sahabat-sahabat ku  :D

Syukran jazilan :'D

Tuesday, June 26, 2012

Believe it or Not? COLOURS can improve memory


 hai everybody, good morning, dah bangun ke belum, ke ada yang masih tidur lagi? Alhamdulillah, aku puasa hari ini,sebab tu lah pagi2 lagi dah bangun, hihi. well, tiba-tiba pulak, pesanan ringkas memberitahu " kelas hari ini dibatalkan sebab time seronok nak pergi kelas ni lecturer meeting pulak kan" wahhh (nak jerit satu uitm kejap, sebenarnya seronok takda kelas) hahah.  so pagi-pagi yang fresh morning ni aku nak ambil kesempatan, nak share sesuatu dengan korang semua tau.  :D

ok. before that, aku nak tanya, korang semua suka warna apa? BIRU? MERAH? KUNING? PINK? HIJAU? ke RAINBOW colour? 

aku suka sangat dengan warna, aku suka tengok warna-warna yang menarik, lagi2 warna yang macam neon tu, unic rasanya..haha
tengok gambar bawah ni






Al-Quran pun warna warni, cantik sangat kan, semangat  je bila nak baca Al-Quran, tapi ingat, jangan taksub sangat tengok warna, nanti lansung tak focus dan paham apa yang di baca. 


so, hari tu, aku beli pen jenama STABILO yang ada macam-macam warna tu, penat mencari, akhirnya jumpa jugak pen ni yang dijual satu2, kalau beli yang satu set tu mahal sangat la pulak, beli satu2 jimat sikit and murah. boleh tahan lah,hehe. 






 ini je warna yang aku beli. actually aku nak cari warna yang macam NEON tapi dah habis. hoho, sampai hati tau kakak kedai alat tulis ni, mesti sengaja menyorokkan warna yang aku suka.haha








this is it, ,my drawing sketch using the STABILO colour,hehe tak berapa nak menarik sangat rasanya. haha. rasa semangat tengok warna-warna ni kan. (korang abaikan apa yang ditulis tu, tapi rasnya tak nampak  apa yang ditulis tu kan, haha). kalau deselitkan warna NEON kan best, tapi sedihnya tak ada.:'D tengok betapa kuatnya kesukaan aku terhadap warna NEON ni, haishhh. :'D


okay. korang suka kan warna-warna ni,hope suka lah ye, tapi mana lah tahu, mungkin ada di kalangan korang yang tidak suka dengan warna kan. ( errr. macam pelik je, kalau ada orang tak suka warna, takkan hidup dia cuma diwarnai dengan warna putih je, pelik bin ajaib) haha, tak best tau, 

kalau korang semua nak tahu, warna-warna ni sometimes bagi kita strength, mean macam, ikut karakter kita tau.hehe
and yang paling penting sekali  and best warna-warna ni juga IMPROVE OUR MEMORY by 78% tau..haha highest jugak tu. betapa kuatnya memory kita bila kita melihat warna-warna.

apa yang menyebabkan warna-warna ini meningkatkan minda kita, mari kita lihat. :

1. makes reading easier
2. emphasize the important things
3. attract attention
4. improve retention
5. increase understanding
6. enhance memory.
7. synergize left & right brain
8. make important points stand out
9. Stimulate the sense & engage our emotion.

so benefit dia banyak kan. 
  pakar Pscychologists juga ada mengatakan they have found that COLOURS  can STIMULATES the brain and help it to RETAIN information more effectively. Hence, colour also help us to REMEMBER better.


jadi, tiada masalah buat aku yang kadang-kadang susah sangat nak ingat sesuatu ni, lebih-lebih lagi kalau tengok buku, aku ambil masa yang berjam2 nak ingat..hihi, selain berdoa pada Allah, supaya mudah mengingati sesuatu perkara, warna juga boleh improve kan ingatan aku yang tak berapa nak ingat sangat ni kan. hadoi2, nadiah2.

 tapi kalau korang nak tahu, and penting ni, istimewanya aku, Wahh, istimewa lah sangat kan, aku sangat-sangat mudah mengingati orang tau, even orang itu jauh beribu batu. haha, tipu je, takdelah sampai beribu batu sangat, let say  macam kawan lama aku yang dah berpisah selama berapa tahun, aku masih ingat diaorang sampai sekarang, rupa dia dari hujung rambut sampai hujung kaki, hebat tak,, HAHA. tapi sedih tau, bila kita tanya kawan kita balik " awak ingat saya lagi tak" dia jawab "tak ingat langsunglah" yang best sangat tu dia cakap "awak ni kawan yang mana satu eh, awak kawan kita dulu ke" ehh, ada ke patut cakap aku macam tu, sedap je mulut dia  tau cakap kita ni kawan dia dulu ke? mestilah kawan awak dulu oiii.. kalau tak buang masa je aku tanya yang kau ni kawan aku ke tidak. bukan seorang je, ramai lah juga. betapa besarnya dan kuatnya ingatan aku pada mereka, tapi diaorang, tak ingat aku langsung, haishh, merajuk betul,,haha, tapi Alhamdulillah, bila aku cerita dari A sampai Z. barulah diaorang ingat, sebaik ingat, kalau tak ingat lah, dah  lama aku kejar dia keliling dunia ni, hamboi jauhnya,haha..

Bagaimana pula dengan OTAK kiri & kanan ? apa yang dia lakukan. kita lihat sama-sama 






otak kita yang di sebelah KIRI bekerja sebagai:           otak kita yang di sebelah KANAN bekerja sebagai:

           - Logic word                                                                       - Awareness
           -Numbers                                                                          - Rhythm
           -Sequence                                                                         - COLOURS
           -Language                                                                          - Dimension
           -Analysis                                                                            - Imagination
           -Lists                                                                                   - DayDreaming



wahh. bestnye. macam-macam otak kita buat, bukan kita sahaja bekerja, otak kita juga bekerja,  kesianlah otak kita,lebih-lebih lagi otak KANAN kalau kerja kita asyik day dreaming je kan,,haha, siapa pulak nak tolong otak kiri kan kalau bukan kita. jadi gunakanlah sebaik-baiknya otak kita ke arah kebaikan ye. hehe

so guys. jomlah kita sama-sama cuba guna WARNA_WARNA yang menarik ini. best sangat.  , jom kita warna-warni kan nota-nota kita..so takdelah kita boring tengok warna yang sama je kan, at least, adanya warna yang pelbagai  ni, kita jadi seronok membacanya kan. hehe  dan mari kita bersama-sama tingkatkan memory. JOm. JOM. JOM. 

okay. thats all i would like to share with you guys, hopes you all suka, yang tak suka, tak apa. saya suka.hehe see you next time.


#Syukran Jazilan. :D









Monday, June 25, 2012

Bahananya meninggalkan solat lima waktu


    Sebelum saya memulakan bicara, saya nak tanya sesuatu pada sahabat-sahabat sekalian, pernah tak korang semua teringgal solat? tak kisahlah solat subuh ke, isyak ke, zuhur ke, maghrib, ke, asar ke? pernah tak?
mesti ada yang pernah kan, dan mungkin juga ada yang tidak pernah meninggal solat, Alhamdulillah saya ucapkan. 
 saya sendiri pun pernah tertinggal solat. biasanya kalau teringgal solat, tu kadang2 terlupa, rasa macam dah solat, tapi sebenarnya belum, lagi satu, bila dah tidur tu, memanglah tak ingat dunia, last2 solat entah ke mana, jadi tertinggallah solat tu, makanya, solat kita tak pernahnya jadi cukup lima waktu.

sahabat-sahabat nak tahu, solat lima waktu ni sangat penting selain dari solat sunat yang biasa kita lakukan contohnya solat dhuha, isthikarah, tahajud, taubat dan sebagainya,
solat ini pun penting juga, tapi kita mesti ingat dahulukan yang wajib, yang sunat itu bila-bila masa sahaja kita boleh lakukannya, mengikut kemampuan masing-masing.


sahabat-sahabat sekalian, mari kita renung-renungkan kenapa masih ramai antara kita yang memandang enteng pada solat, kadang-kadang2 saya sendiri pun rasa sangat berdosa bila tidak solat ( hal wanita. err, paham2 jelah ye) inikan yang tinggalkan solat. lagilah perasaan berdosa pada Allah itu membuak-buak. sedangkan kita tahu betapa besarnya azab yang akan Allah berikan kepada orang-orang meninggalkan solat lima waktu ini. bayangkan jika kita berada di hadapan api neraka. menyesal kemudian puntidak berguna, semuanya sudah terlambat. Dunia semakin hari semakin menginjak tua. Esok lusa kiamat tiba. sempatkah kita? Mari kita renungkan bersama.

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
segalanya yang tertulis di atas, adalah untuk renung-renungan kita bersama, juga sebagai pesanan dan nasihat untuk diri saya yang hina , semoga Allah mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini, ibubapaku, keluargaku,sahabat2ku, juga kaum muslimin dan muslimat supaya mencari jalan kebenaran yang Diredhai olehNya. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Sahabatku, bangunlah dari tidur, sembahyanglah kamu, sebelum kamu di sembahyangkan
sama-samalah kita.


#Syukran Jazilan :'D

Sunday, June 24, 2012

Refreshing Mind


hello. hello. good morning guys.
pagi yang best, refreshing my mind.
Alhamdulillah, rasa lebih tenaga sedikit pagi ini
 baru sahaja mengambil nutrient tambahan. HERBALIFE ! hehe
i'm free ! i'm fresh! i've energy yahhahaha



memang tak rasa mengantuk pn pagi ini
so nak buat apa ye,
rasa rindu nak pergi kelas, jumpa lecturer, jumpa kawan yang paling best, mesti sekarang ni dah masuk topik baru,
aku , macam biasalah, mesti ketinggalan, tak pernah penuh dalam salah satu subjek tu aku hadir.
mesti ada je salah satu topik yang aku tertinggal
sebaiklah ada kawan2 yang sudi berkongsi jika aku tertinggal subjek,
huwaaaa.
yelah setiap bulan ada appoinment dengan doc. so memang kewajipan aku akan selalu terlepas subjek.hoho
tak apelah yang penting semangat untuk belajar tu mesti ada. YEAH!

rumah ni sunyi, adik2 semua p belajor.huhu
ada pun ibu dengan kucing kesayangan ku BJ, KJ, Blacky and Cherry..hehe
teman mainan aku bercakap seorang, 
entah paham atau taklah kucing aku tu, Allah je tahu,heeh.  ayah pun p kerja, tempat aku yang seterusnya ialah internet, kalau tiadanya, aku tak dapat cari apa2 maklumat langsung tau.

btw. pagi tadi baru cuba buat skrip nak hafal utk temuduga . masih dalam persediaan.
tak tahulah sempat atau tidak, biasanya orang dah buat persediaan lepas je dapat surat interbiew tu, tapi aku seminggu nak pergi baru, terhegeh2 nak buat.  nampak sangatlah macam tak nak pergi kan. HAHA

actually time tu, aku masih dalam kebingungan, tak dapat buat decision dengan tepat, at Last. macam nilah, last2 minute. memang alamat kau gelabah gabanlah. takpe, masih ada seminggu lebih ni, aku akan cuba kuatkan hati dan teruskan perjuangan walaupun sesingkat manapun masanya. Insyallah, aku yakin Allah pasti tolong aku. YEAh.. semangat! semangat!

baru nampak adventure dia sikit kan. (banyaklah kau punya adventure.! hapa pun tak boleh nanti) WAkaka.
relax.. relax.. cool.. cool. hehehe

pagi-pagi ni, kita refreshing mind sikit.hehe 
#oklah, nak pergi sambung baca skrip. usaha tangga kejayaan kan. ! 
syukran jazilan, :D




Berdebar-debar lagi. FIUHH !


hello guys

Ahad malam isnin kan?
so sepatutnya aku balik kampus,tapi tak pun,ada sebab2 yang tidak dapat dijangkakan haha..well. bunyi macam serius je kan Actually, aku ada appoinment BRACES,huhu
macam biasalah, dok ketat2kan besi dekat gigi tu ha..and yang paling best tukar colour braces,wahaha
last month warna oren, tapi minggu ni tak tahulah depa nak letak warna apa kan, yang pasti semua warna aku dah pernah pakai haha, merah sudah, oren sudah, pink sudah, hijau sudah, biru turqoise pn sudah,
warna pelik2 je belum lagi, harap2 taklah kan, takut pelik pulak aku berckap dengan orang nanti,
buatnya bila aku bercakap nanti diaorang p bantai gelak aku pulak, memang hari2 aku pakai purdah kang,   (tak ke ayu namanya tu) wakaka :D

dah. dah. apehal lah lari tajuk aku hari ni, haha
biasalah gaya-gaya introduction yang tak berkait langsung kan.huhu

well,  lately, aku tengah buat persediaan sedikit-demi sedikit untuk p interbiew SPA ni ha
mahu taknye berdebar jantung aku sekarang ni, baru sahaja buat persediaan
belum , pergi lagi kan, dah gelabah gaban , Ha, Achane tu Johan..haha

Sebenarnya, aku takdalah serius sangat nak apply jawatan ni, tapi entah macam mana lah boleh sampai surat ni, tahutak yang pergi ambilsuart tu kat postman bukanya aku, AYAH aku pulak tu, memang sedaplah kena kau kena pergi nadiah oiiii. mana taknya, ayahnye dah lah kerja kerajaan. memang dia menggalakkan anak-anaknya pergi temuduga tu. HA ( padan muka siapa suruh apply awal2)
hambik kau.!

Alhamdulillah, setakat ni, inilah temuduga aku yang kedua kalinya, tapi kali ni temuduga aku dengan kerajaan kot, aku ini memang  nak cari kerja terus kot, belajor pun belum habis lagi dah berangan nak dapat kerja terus. hohoho . NAH ! HAMBIK KAU sekali lagi.

so memanglah nasib aku ni, entahlah macam mana. susah hendak ditafsirkan bagimana

hati aku berdoa pada Allah, patut ke aku pergi? aku takut, aku tak bersedia langsung ni,aku tak tahu apa yang harus aku cakap bila di temuduga nanti.

 entahlah.
aku masih berfikir2 fikir, aku buntu, hati aku sekejap kata nak pergi, sekejap lagi dia kata tak nak pergi, ARGHHH.. memang selenge betullah.

Malam semalam, sambil2 menonton tv dgn ayah and ibu, yang aku  kat sebelah tu duk online kt lappy lah.hihi
tiba-tiba ibu bersuara,

ibu: angah, dah sedia belum nak pergi temuduga tu
aku: terdiam seribu bahasa, speechless weyh. dengan muka aku yang buat2 sedih, macam tak nak pergi tu..huhu
ibu : angah macm tak nak pergi, tak payah lah, tak bersedia langsung, nanti, ternganga bila depan panel temuduga tu.
ayah: janganlah pengaruh dia supaya tak payah pergi, pergi ambil pengalaman je, kalau tak dpat tu belakang kira,  yang penting kita ada pengalaman, ayah bagi peluang ni sekali je, lepas ni takda dah. ( sebenarnya, panjang gila ayah bagi ceramah, malaslah nak cakap, sampai buat aku terdiam selama setengah jam.haha) HAMBIK KAU sekali lagi !, IBU pn terdiam)

keadaan terus jadi sunyi sepi, TV kt depan tu yang berckap sorang2.HAHA, aku nak menangis sebenarnya, tapi aku tahan, dahlah aku ni cepat meleleh orangnya, orang baru cakap sedkit je pun dah nak menangis, kalau orang marah apatah lagi kan. so inilah sifat yang tak boleh lari dari hidup aku,

Fiuhhhh.!  stressssoooo aku memikirkannya. selang setengah jam kemudian, aku masuk bilik, aku fikir2, adaa benarnya jugak kata ayah, dah nak masuk tiga minggu lebih kot, minggu depan lagi satu aku dah nak pergi interview tu, tapi persediaan aku biasa-biasa sahaja,

entah bila aku nak serius dengan semua ini, rasanya,aku kena banyak2 buat solat istikharah denga solat dhuha, supaya Allah tolong aku beri kekuatan dan semangat. Insyallah. 

walauapapun, aku akan teruskan dan pergi temuduga tersebut. biarlah apa pandangan mereka terhadap diri aku, aku adalah aku, dan aku dah cuba yang sehabis baik, itu sudah memadai buat aku. dan bila aku fikirkan sekali lagi, ini adalah masa depan aku, aku yang tentukan sendiri, bukan ayah, bukan ibu, pokok pangkalnya, aku sendiri, semuanya terletak di atas tanganaku sendiri. dan aku pasti. segalanya kehendak Allah, dan ujian ini aku harus juga hadapi walau apa yang terjadi pun. Insyallah.

#semoga semasa di temuduga nanti Allah memudahkan segala urusanku.dan melindungi aku.Amin


#merindui adik2ku dan kakakku. huhu terutama beihaMat tempat mengaduku yang paling best..hoho, tolonglah bagi semangat kt kakakmu ni,  :'(
 syukran jazilan. :D





Monday, June 18, 2012

Guide in Doing an Entrepreneurship :D


Since the topic is about bussiness.Yes! i'm going to learn to be a bussinesswoman. Wahhh..hahaa
Actually, i will learn about entrepreneurship. Saya and kawan2 akan belajar bagaimana nak develop bussiness sendiri.
so that why this course wujud sebagai
" The Fundamental of Enterpreneurship" hihi

this is our new course this semester and last semester ,so i hope in learning this courses
maybe one day i can develop my own bussiness, why not kan..hehe, tapi dalam jangka masa yang panjang sebenarnya memang dah merancang, tapi masih di tengah jalan, no ideas, hehe. but, hopefully, after dah tahu apa sebenarnya enterpreneurship ni, mana lah tahu tiba2 idea2 yang bernas datang kan, so dapatlah saya teruskan perancangan yang terbantut tu, huhuu

Courses ini diperlukan 4-5 orang kumpulan dan Insyallah bakal menjadi usahawan yang berjaya !! YEAh




then some of them would be the manager, Assistant Manager, staff  and other. What swe have to do in develop a business.? kiranya kita belajar seperti betul2 buat bussiness tau.! let say,kita kena cari lokasi tempat, product, design and everything must be perfect and complete. 

so each person must be do a report of Bussiness plan that include :

1. introduction
2. purpose
3. company background
4. owner/partner background
5. location of the bussiness
6. administrative plan
7. marketing plan
8. Operational Plan
9. financial plan
10. conclusion



ada banyak lagi ye. 
apa yang perlu ada dalam :

A. Introduction
 - name of the company
 - nature of bussiness
- industry profile
-location of the bussiness
- date of bussiness commencement
- factor in selecting the purposed bussiness
- future prospect of the bussiness

B. Purpose
biasanya tujuan kita nak buat business ni and yang penting must be clear, ringkas dan  maksudnya yang tersirat ok ? hehe

C. Company Background
- name of company
- bussiness adress
- correspondence adress (include website, email adress)
- telephone number
- form of bussiness
- main activity / activity
- date of commencement
- date registration
- registration number
name of bank
- bank account number

(semua yang maklumat di atas tu mestilah clear and accurate)
"commencement" maksud dia : tarikh company berkuat kuasa


D. Owner/Partner Background
(mesti ada, nak tahu kita ni buat secara sdn. bhd / partnership)

- name of owner/ partner
- identity card number
-permanent adress
- correspondence adress (include website/email adress)
- telephone number
- date of birth
- age
- marital status (status perkahwinan : bujang? dah berkahwin? )
- academic qualification
- courses attended
- skills
- experiences
- present occupation
- previous bussiness experience

E. Location of  Bussiness
- physical location of project ( berdekatan dengan jalan utama atau ditetapkan oleh premis )
- Building ( jenis, struktur, condition, size, cost of the building)
- basic amenities ( kemudahan asas)  : contoh : air, elektrik, line telefon/internet)

F. Administrative Plan
- introduction organization
- organization chart
- man power planning ( perancangan tenaga kerja) : staff position & number of staff
- schedule task and responsibilities of staff
- schedule of remuneration ( jadual mengenai gaji staff include epf )
- list of office equipment (mesti tahu punye nak beli ape untuk company korang )
- administrative budget (bajet untuk product, equipment, untuk sebulan, setahun dll)


G. Marketing Plan
explain mengenai customer needs and wants, and plan macam mana usaha pemasaran tu mesti ada link sedikit dengan operational, administration and financial plan ) so kena teliti dengan betul2)

-  product/ services description 
- target market
- market size
- competition
- market share
- sales forecast (ramalan jualan)
- marketing staregy
- marketing budget


H. Operational plan
 ( sebahagian daripada total of bussiness plan)

- Process flow chart (main step/fasa semasa perniagaan berlaku dan present into FLOW CHART )
- Production schedule
-  Material Equipment ( list of product/quantity/price/supplier)
- Manpower equipment ( tenaga kerja yang terlibat dalam business) only people involve in the operation/ list the nature of employee : fulltime/part-time/contract)
- Machine & equipment (sama macam material equipment)
- Operation layout plan (pelan company)
- Location
- Operation overhead (air, elektrik, telephone, gas) kemudahan dan bill
- Operation budget (include monthly expense,fixed asset,other expense under building/buying operation space : factory/shop etc )


I. Financial Plan

(all the financial information in administrative/operation/marketing are collected and summarised on how much business will cost to run )

- Project Implementation Cost (menunjukkan berapa banyak pelaburan in term of fixes assets cost/monthly expenses yg diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan )
- Sources of Funds
- Fixed assets depreciation Tables
- Loan Amortisation Schedule (if relevant)
- Hire purchase repayment schedule (if relevant)
- Proforma profit and loss
- Proforma balance sheet

 ( saya tak dapat nak terangkan dengan lebih kanjut tentang financial, takut lari tajuknya. if i get more information about financial, saya akan beritahu,) 


J. Conclusion

( give brief summary main content/main purpose of bussiness plan/ and bring the total plan to close )


sebenarnya ada banyak lagi, tapi payah pulak saya nak terangkan nnti,takut tak paham pulak nanti
so, saya harap penerangan saya yang tak berapa nak jelas sangat ni, dapatlah anda semua faham sebenarnya konsep enterpreneurship ni macam mana, even sikit pun,.heehee

this is just a short/simply guide by me from what i' ve understand about it 
OKAY. ! thats all.SEE YAA. SALAM.  :D