Wednesday, October 26, 2011

Kehidupan Sebagai Anak Polis ,Pengalaman & Penjenayah

Preeeeeeeeetttttttttttt..!!!!!!!!!

bangun! bangun ! bangun semua !

berdiri tegak semua,siap sedia.!!!!!

Haaaaa! yang kat tepi tu apahal terbangak-bangak lagi

CEPATLAHHHHHH!!. Tak paham bahasa ker ha!!!!!!


_________________________________________________________________

Assalamualaikum.

hai semua

lihat situasi di atas tadi. garang kan,,,haha

itulah dia AYAH saya. 
(ehhhh..dia bukan macam tu tau, itu ketika dia bekerja je tau)

kat rumah dia seorang yang penyayang dan bertanggungjawab

tapi...tapiii

ada tapinya jugak tau

dia seorang yang TEGAS !..alamak saya pun takut !

haiii..maklumlah,kehidupan sebagai anak seorang Polis.macam inilah..hehehe



kehidupan sebagai seorang anak polis susah
nak tahu kenapa?


haaaaa...mari sini dekat,dekat sini

saya cerita serba sedikit yerrr

hmmmmm

PERTAMA : hidup terkongkong,tak dapat nak bebas
KEDUA: Nak pergi ke mana-mana mesti terkawal(ni terkawal gila-gila)
KETIGA : kalau nak keluar dengan kawan-kawan walaupun depan rumah je pun terkawal walaupun berjumpa hanya dengan kawan perempuan
(itu baru perempuan kalau lelaki, ha ! mampuslah kau takkan dapat)hahah
KEEMPAT : bila berkawan tu,habis semua dia kena tahu,dan mesti tahu,dekat mana dia tinggal,siapa dia,ayah dia kerja apa,family dia ok ke tak? perangai dia macam mana? itulah persoalan-persoalan yang bakal ditanya.
( yelah, sebenarnya dia risau,kut-kut kita ni kawan dengan budak yang tak betul,dah la tak betul jahat pulak tu, memang bahaya lah kan,memang tak jadi oranglah nampaknya )



ni lah  keadaan kehidupan sebagai seorang anak polis.

memang lah agak sukar, kadang-kadang rasa nak memberontak.sebab tak tahan kan kena kongkong je
sebenarnya itulah yang terbaik buat kita.
sebenarnya tak susah pun
sama je kehidupan kita dengan orang lain cuma
cara kita di didik tu lain
itu je yang beza


dan yang paling penting
dia tahu apa yang terbaik buat anak-anak dia
al maklumlah dah bertahun-tahun dia berhadapan dengan penjenayah
dia dah boleh kenal siapa yang baik siapa yang jahat

so.saya yang sebagai anaknya,amat-amat lah memahami tindakan dan cara dia mendidik anak-anak dia


dan apa yang saya nak tegaskan di sini,kita sendiri dapat lihatkan 
 di kaca tv 
ramai remaja-remaja yang bebas melakukan sesuka hati mereka
tanpa kawalan ibu bapa mereka
yang pelik ibu bapa mereka tu tak sedar ke perbuatan anak-anak diaorang yang banyak merosakkan masa depan mereka dan negara?

Subahannallah, 


"Ya Allah, aku mohon agar kau ampunkanlah dosa-dosa remaja-remaja di luar sana agar mereka sedar segala perbuatan mereka dan berikanlah hidayah kepada mereka supaya mereka kembali ke jalan yang benar"
Insyallah ,Amin...


Allahamdulillah.

sebagai seorang anak
saya harus memahami tugasnya sebagai seorang Polis

dan apa yang harus saya lakukan sebagai seorang anak

menjaga maruah diri bukan sahaja di luar
tetapi ketika bersama orang yang berada di sekililing  kita
terutama "kawan-kawan"

# kata AYAH

kawan-kawan boleh bawa kita kepada kebaikkan
dan
kawan-kawan juga boleh bawa kita kepada kejahatan
 INGAT TU! 
pandai-pandai memilih kawan

kata-kata tu yang tak pernah saya lupa.





Ha..ni saya nak cerita sikit pengalaman-pengalaman yang saya alami sepanjang menjadi seorang anak polis ni

ha.............kawan-kawan nak tahu beberapa bulan yang lalu 
ketika  saya dan ayah saya dalam perjalanan  nak balik ke kampung
mengejar budak 

kesalahan budak tu sebab dia bawak motor laju-laju
budak rempit agaknye
Perghhhh
apa lagi.ayah kejar budak tu sampai dapat
saya yang kat dalam kereta dah macam apa dah ..ke kiri ke kanan

fuhhhh,laju giler
dahlah time tu jalan raya tu bengkang-bengkok.
memang saya tak dapat nak paut kat mana-mana
dalam hati saya
Tuhan je tahu
mak oiiii, tak pernah rasa macam ni
macam kejar penjenayah
macam dalam tv tu?
huuuuiiiiiyaii
pengalaman yang memang best

banyak pengalaman saya dapat

 dan ada sekali tu


time tu tengah cuti, saya dengan family baru je balik dari majlis perkahwinan dekat Seremban
time tu pulak. ayah tengah buat operasi nak tangkap penjenayah
nak tak nak ayah terpaksa bawak kami sekali
time tu saya,ibu and adik je

(best jugak sebenarnya)
pengalaman wehhh.!

hehehe


pergi cari rumah penjenayah tu
pergi mengintip penjenayah,

lama jugak lah nak mengintip,sebab nak tahu penjenayah tu ada dalam rumah ke tak

beberapa minit kemudian ayah menelefon kawan dia suruh bersiap-sedia
 untuk menggeledah rumah penjenayah tersebut

Akhirnya ,penjenayah tersebut tumpas.Ayah dan kawan dia berjaya menangkap penjenayah tersebut

banyak lagi pengalaman yang saya alami ketika bersama AYAH

saya dapat melihat penjenayah kena soal dengan polis,kena bantai,kena marah

fuhhh,,takutnya saya time tu..


memang saya rasakan pengalaman yang sangat bermakna

bila ayah cerita kisah budak-budak yang dia tangkap
banyak yang dari kalangan yang bawah umur
yang sedihnya mereka kena rogol, 
kes-kes judi
maksiat, dan macam-macam lagi

banyak pengajaran yang saya dapat.



walauapapun
saya sedar sekarang

bukan lelaki sahaja yang perlu melindungi diri
wanita juga perlulah melindungi diri mereka sendiri
kemana sahaja kita pergi
haruslah berhati-hati,berjaga-jaga
itu yang penting

begitulah
 serba sedikit 
pengalaman ku dan
 kehidupan ku sebagai seoarang anak polis
harap semuanya terhibur

heeeeeeeee ^_^


SALAM