Wednesday, December 26, 2012

the bored riddiculous thursday

Assalamualaikum..

hye fellas.

good afternoon.
dah solat zuhur? *Alhamdulillah.yang sudah, yang belum pergi segera, heee
It's just nothing, silently doing. 
so, korang buat apa hari ini? maybe you guys tengah tido lagi yeaa *eh
tengok tv? cooking baking time? take a bath right now? or maybe have a driving classes? or maybe working part-time ?
Hah! whatsover you guys done. happy enjoy it. have a nice moment day.

yahh, today is thursday, 27th December 2012, 12.34 pm.
hari yang paling membosankan.
i don't know why.
tapi
ini yang berlaku.
jom tengok heheeheh

booooo chakk chakkk cikebumbum. heyyy hey!!

omaigooodddd.!! you startled me


oowwwhoooo, yaww2 man,, !! yaww3 what up , i'm black man yaww !!


'i'm ma single man, i'm ma singla man. ohh yeahhh. * gelek gelek kau, *captain america, ironman.
Yeah. me neither *eh eh



huh! i don't care people. 



OHHMAIIGGOOODDDD!
my man
sorry, made you waiting sooo long, lets  go baby. chuiii !





ngeeeeeeeeehee
kbai.



Just End up the 2012






ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat. "I'm still aliveeeeee!! haha
Syukur Allah, 
btw. 5 days to go from now on, before we end this year 2012. hooreysssss hooreeyss !!
counting the days, counting the times, counting what things that we have done this year.
mungkin kenangan manis, pahit ke, masam ke kan, haha
and today i'm happy, so happy too happy hahahah
yeah,lets be happy for this last of the year
because there is blooming flower  in this year, hopefully. In syaa Allah :D
so tahun ini tahun terakhir kita di tahun 2012. huh tak sangka. memang tak sangka, u guys pn tak sangka kan. time is really  really running out. wow. dalam masa tahun 2012 ni, banyak kenangan kenangan sukar susah untuk dilupakan mahupun keluarga, kawan-kawan, saudara-mara, .

so lets, check it out, what i have been done in this year :

1. firstly, i'm still studying "uitm dihatiku "and the end my diploma by this year too, heee

2. kawan yang masih setia bersama ketika suka duka, "JIM1105C" you guys memang skema,rock,cool,  kelakar, and i miss you guys a lot, damn much. haha

3.yang pasti setiap bulan memang tak pernah miss "BRACES APPOINMENT" memang tak suka pergi, bosan sebab kena tunggu giliran yang bak kura-kura lembab kuikuikui. walaupun bosan yang teramat sangat tu dah tak kisah dah, janji jumpa,nurse or maybe doktor kacak, hahaha. (osah gatal kau ni -_____-" )

4.pengalaman masa belajar, lecturer yang best, gempak, cool, yang pasti kacak wakaka ( what theee  &*^%$ kau memang gatal giler ) peduli?? haha

5. we have done our presentation, quiz, test, and absolutely, The FINAL EXAMINATION, !! and  i have through it all , ALHAMDULILLAH.

6. got a best ROOMATES, kelakar, cool, and yang paling best, walaupun aku ni layan korea, tapi tak sangat okay, for 1,2,3,4,and 5 semester, all my roomates, loves korea, OMAIGOOOOOSHH. hahah. habis, external penuh macam macam cerita korea,korang ni kan,.haha, but i love you my roomates,  best roomate ever, okay,

6. this part is like a sensitive maybe, haha. okay, i know this person his name? nak bagi tahu ke tidak? bagi jelah kan, singkatan je i boleh bagi "IZ" i dah kenal lame mase tu kan i baru je habis spm, and i met him kt Watsons, and after that begin the blablablablabala, tak perlu cerita okay. you guys faham2 sendiri, haha.
and after i dapat panggilan masuk universiti *skema pulak ayat. maybe we have lost contact, and tapi entah bagaimana *cewahh kita orang still contact lagi, dah lupa macam mana perkara tu boleh berlaku. and one day, i've found he have someone and *time ni tersentap lah, kononnya, tapi memang betul pun,haha, you know what, time tu kan time tu kan, i nak confess kat dia you know !  hah, but its to late, tapi i tak kisah pun, i still like his friends, and i still 143 . and  one day after that, i heard he broke up with the girl?  i dont know why? apa yang i fikirkan masa tu, he broke up with her its because of me .*entah apa2, apa yang aku dah buat? aku tak buat salah apa2 pun kan,kan. ahaha *sedapkan hati sebenarnye :D. kemudian satu hari tu, dia call i, text i, but i buat tak tahu , malas nak ambil tahu, he told me, dia dah broke up, but my heart tak sedap hati langsung, lepas tu he never call me again. *silently, nobody knows, huhu, Allah, sahaja yang tahu. what happend to me and him? i 'dont know,i akan ceritakan at the end of this, just be waiting. heee

7.Bulan Ramadhan, Hari Raya, part yang paling i suka. Ramadhan bersama kawan-kawan universiti. heeee. ada  dalam one week bulan puasa bersama keluarga. itu yang paling best. ibu masak lauk yang sangat best. yeahhh.dan dalam bulan puasa itulah, ujian sentiasa datang. Allah menguji di setiap kesabaran Umatnya. 
 pertama, ketika buat Research di Mahkamah Seremban, i dan teman2 menghadapi ujian yang berat
sekali,bertemu makhluk Allah yang membuatkan kami sampai menitiskan air mata, Allahuarkbar. walaupun begitu,Allah masih sayangkan kami, Research yang kedua kami di Selangor, Alhamdulillah syukur, Allah permudahkan kami, walaupun perjalanan membuatkan kami keliru, pening dan sampai tersesat,. dan sekali lagi ujian buat i. bukan nak kata apalah, sememangnya i cuai, hekhek. dalam perjalan balik U, handphone, tertinggal dekat rumah kawan, haduh, menangis air mata darah pun tak guna dah, hah, yang sadis sekali, seminggu selepas tu dah lah nak Raya, waaa, memang sadis, kawan2 pun tak mampu nak tenangkan i, i memang tak sanggup beraya tanpa handphone ni, hahah. memang pengalaman sangat berharga dan pengajaran yang sangat bermakna, heheh

8. yeahhhh raya raya, absolutely, with the lovely family. lovely cuzzy. duit raya macam tinggi gunung kinaballu *sila percaya mati2 haha

9.then , FINAL EXAM.............pertengahan final we all gathering IFTAR with the girls and boys, for the last. it was a great, marvelous day ever. loves you guys.

10. the end of final exam tu bermakna the end lah our Diploma. Alhamdulillah, Grad On time. weeeeeeeee, kami semua berpisah. jumpa tahun akan datang in Degree In shaa Allah

11. then, holiday, rest and movie time, haha banyak lah,, work work work cari pengalaman . i work as promoter at Butik Annakku, *baju baby memang comel,

12. Di samping tu,  i work as a teacher. for my cousin. they all kids, Alhamdulillah, ada juga pendapatan, heehe untuk keperluan masa akan datang kan. hee

13.  apa lagi ye, , haha ohh almost forgot. between me and him? kami memang contact seperti biasa, tapi tidak selalunya pun, dia pun sibuk dengan study. one day he told me" kalau kita ada jodoh kita pasti akan bersama, yang penting kejar cita-cita kita dulu"  In syaa Allah, if i tak ada jodoh dengan si dia, tidak apa, Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambnya ini, i hanya mampu berdoa dan terus berdoa. :-)

ohhh myyy. too long guys, puas nak bacakan . btw. this is it,setakat ni, this is the best moment for this year i had, sebenarnya memang banyak lagi, tak terkira rasanya, tapi ini sahaja yang i mampu buat, hehe.

                                                            hope you guys happy read this.
*i really mean it  heh!


*muahhh,

 got to go busy ni, nampak tak,




kbai

Thursday, November 29, 2012

youu !! yeahh saranghaee, ilove you
motip -__- haha
pagi..semua.
#ehhh
tengahhari semua

ada cerita. cerita? what? penting ke?


berdebarnya hati ni nak bercerita dongeng kat pentas. fuh!FUH! FUH!
# eh, akaq kt belakang tu sibuk je perhatikan aku, aku tahu lah aku kacak bergaya 
#meh sini pelempang. haihh


mike telinga buat hal lah bro. sat naa.!!


HA !! sebenarnye satu benda besar nak cakap ni. !!!!!



Arggghhhhhhh....  GERAMNYa nak peluk Awokk.. 
#dusshhhh2. -_______-

kau merepek. tido lagi bagus. ZzzzZZZzzZZZzzz

Tuesday, October 30, 2012

berusaha keras

Langsung terlupa pada blog adinda kasih sayang ku ni. kikikiiki. al maklumlah, lepas habis semester ni dan sibuk membantu ibu buat kontrak masak untuk kursus menjahit, lepas tu Hari Raya Aidiadha, bantu nenek di kampung, memasak apa yang perlu yang pasti lauknya bertemakan kambing, ngehehehe, kemudian kemas2 pinggan dan cucian mangkuk selepas selesainya kenduri. fiuhhhhh ! -____-' sadisss, sangat penat. walaupun penat, Syukur Allah, ia  membantu menggerakkan segala otot, urat2 sendi ku yang kaku keras tidak bermaya ini, menjadi lebih bertenaga. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, meringankan beban nenek sepanjang hari bertungkus lumus menguruskan kenduri sempena Aidiladha. 
sekarang, masa untuk aku bekerja, ok, now , it have been 2 weeks ago, and i got 4 month holiday, yeaaaaaa!!!!, jom tambahkan lemak, muaahahahaha, HAHA, but i'm not that type. me and my little tiny piny sister hang OUT to the big freaking city , ahaha, Tampin only. we are looking for a WORK. Ooo My goshhhhhh.  so where we have to start now?heheh. Actually, this is our 1st timer .
early morning, not tooooo early, it's about 10 a.m.  and i drive the car, sent ibu to bengkel jahitan, she got to work too. .Then we start looking for work at guardian,,cosway, bookstore, butik Anakku, to be a promoter, errrrrrr, can i? hahah and lastly shoes shop. my sister ask for that, and OMG, she got that work, she start today!, i hate u, why you get it 1st, she said to me : Man Jadda Wajjada, Insyallah, Allah pasti tolong hambanya yang berusaha dan bertawakal  padaNya, Amin, moga Allah permudahkannya. Alhamdulillah, this is the challenges, she got that work, i believe her, she can do it better, Insyallah,  lihat, betapa Allah itu Maha Pemurah, tidak sampai berapa saat, Dia telah memberikan rezeki pada hambanya yang mengingatinya ketika susah dan senang dan sentiasa mengingatinNya di mana-mana sahaja dia berada. 
Allah, engkau telah tunjukkan aku, aku yakin, itu adalah kehendakMu, dan aku tahu, engkau telah memberikan yang terbaik buatnya. Engkau peliharalah dia, selamatkan dia, lindungi dia, ampunkanlah segala dosanya, limpahkan rezeki buat dirinya,Insyallah, dia satu-satunya hamba Mu yang paling berharga, Insyallah, dia seorang hamba yang sentiasa taat pada Mu. 
dan aku masih menunggu dan menunggu panggilanya, moga masih ada harapan dan peluang walaupun tipis. Insyallah, aku cuba lagi,lagi dan lagi. 
:)

Monday, July 9, 2012

SEMPURNAKAH kita di hadapanNYA ?


Alhamdulillah, Syukur, kepada Illahi, dapat aku menikmati pagi subuh yang segar, indah dan tenang.
Syukur sekali lagi masih menjalani ibadah puasa seperti biasa yang memberikan aku seribu makna di bulan Syaaban ini. Moga Allah menerima ibadah aku yang mungkin masih kurang sempurna ini, Insyallah.

ohh, ya apa yang boleh kita bincangkan dan kongsikan pagi hari ini, Al maklumlah, pagi ini kelas aku TIADA jadi seperti biasa, rutin harian aku yang akan berkongsikan sesuatu bersama pembaca-pembaca ku yang disayangi ini, cewaahhh,,haha :D

mungkin topik kali ini sensitive sedikit berbanding dengan entri-entri sebelumnya, cuma ia berkenaan dengan ibadah yang kita jalankan sepanjang di bumi ALLAH ini, contohnya, solat kita, sikap kita,kehidupan kita, dan sebagainya.

sebelum itu, masih adakah di antara kita menyedari bahawa masih banyak hutang kita pada ALLAH s.w.t yang belum dilangsaikan atau dijalankan dengan sempurna? 
Ya ! aku tidak terKECUALI.  mungkin ada di antara korang yang rasa kita sudah sempurna, mungkin sebilangannya tidak. Bagi diri aku, masih banyak lagi yang aku belum selesaikannya dengan sempurna. mari kita baca sama-sama...

pertama :

SOLATadakah solat yang kita jalankan setiap hari lima waktu itu sudah betul-betul sempurna? mungkin kita tidak sedar yang kita pernah meninggalkan solat secara tidak sengaja/sengaja, mungkin juga kita terlupa menjalankan ibadah wajib itu kerana kita tidak sedar kerana tidur kita yang terlalu asyik sehingga waktu solat itu sudah habis. itulah yang terjadi pada kita. pernah tak kita terfikir, walaupun kita solat setiap hari dalam lima-lima waktu itu yang kita jalankan, adakah kita terfikir yang ALLAH akan terima solat kita? mungkin YA dan mungkin TIDAK. jadi marilah , sama-sama kita renungkan dan sama-sama kita sempurna solat kita, terutama dari segi pengambilan wuduk yang sempurna, cara kita menunaikan solat, sebutan-sebutan ayat-ayat suci Al-Quran yang tartil dan sempurna serta khusyuk dalam solat. Insyallah, bila solat kita melakukannya dengan betul sempurna, hati kita akan menjadi tenang, kita akan rasa Allah benar-benar dekat dengan kita, sebab apa? sebab kita telah melakukan solat itu dengan SEMPURNA dan melakukan ibadat hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t.


kedua:

SIKAP dan PERBUATAN . isu ini melibatkan perkara yang agak sensitif, berkenaan tentang sikap kita dan juga perbuatan kita. contohnya adakah kita menghormati orang lain? adakah kita berucap dengan kata-kata yang sopan? adakah kita selalu mengata orang lain?  dan sebagainya. inilah yang biasa kita dengar dan lihat. masih ada dia antara kita yang tiada rasa kurang hormat terhadap individu tersebut, tidak kira warga tua, dewasa atau yang muda. masing-masing tetap menerapkan sifat negatif tersebut. tidak terkecuali dalam percakapan kita, masih juga di kalangan kita yang berkomu nikasi dengan cara yang kasar ataupun dipanggil kurang sopan, dan yang paling ketara sekali ialah mengata/mengumpat. ohh. sangat negatif, diri kita yang sangat negatif jugalah yang menyebabkan kita sukar untuk diterima oleh ALLAH. malah Allah sangat membencinya sekali, walaupun kita solat hari-hari mengikut waktu dan mencukupi lima waktunya, tapi sayangnya masih terdapat sisa negatif yang sukar untuk dihapuskan dalam hati kita. bagaimanakah harus kita lakukan? sekiranya di bulan PUASA, sikap negatif kita tetap diteruskan. apakah yang akan terjadi dengan ibadah PUASA kita? rasanya adakah betul-betul 100% sempurna bagi ALLAH?
tidak bukan. jadi mulai sekarang ini, sama-sama jugalah kita membetulkan sikap atau perbuatan negatif kita yang ke arah menjadi yang POSITIF.


Saat kita merasakan kita sempurna di hadapan ALLAH s.w.t sebenarnya kita tidak, masih banyak kesilapan yang kita lakukan, dan harus diperbetulkan, jadi hari ini, mulai saat ini, inilah masanya kita buktikan kesungguhan kita pada ALLAh supaya ALLAH tahu yang kita masih mengharapkan redhanya dan menjadi yang sempurna di hadapanNYA. Insyallah. :D

sekiranya kita sering menghadapi kesukaran untuk menghadapinya atau sukar untuk melakukannya ataupun, sudah berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi masih di lema dan melakukan kesilapan itu lagi, sama-samalah ringan kan bibirmu berzikir kepada ALLAh setiap kali kamu melakukan kesilapan. INSYALLAH, ALLAH tahu kita telah berusaha semata-mata untukNYA.

" YA ALLAH, ENGKAU BUKAKANLAH PINTU HATIKU, UNTUK MENERIMA HIDAYAHMU " AMIN

segala yang tertulis dan tersirat adalah buat PERINGATAN dan PENGAJARAN untuk diri ini , sama-sama kita kongsi bersama, 


apakah motif gambar ini dikeluarkan.
mungkin ini adalah salah satu perubahan yang dilakukan yang menjurus sehingga ke arah ini.  INSYALLAH. 
perubahan yang semata-mata kerana cinta kepada ALLAH s.w.t.  :D


#sebenarnya ada banyak lagi ingin di kongsi, tapi mata aku ni asyik duk pandang tilam empuk je, haha, menandakannya untuk tidur, hehe, sekejap je. Al-maklumlah, pukul 5 berjaga. memanglah mengantuk sekejap kan,hehe.
Sat-sat lagi kita sambung naa. :D 

SYUKRAN JAZILAN .

Thursday, June 28, 2012

Pergi GIM tapi Jogging di bilik, ha,Achane tu korang.!?


hai guys. ada buat apa2 tak hari ini. ? ? ?
 Rasanya eloklah kita pergi lakukan aktiviti2 yang sihat kan, tak kisah lah pagi ke, petang ke? malam ke? haha contohnye jogging, main badminton, berenang, berjalan ape2 jelah aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. so sepatutnya, aku sedang berjogging di GIM petang tadi. tapi tak sampai 10 minute, aku baru je nak naik basikal bergerak dalam gim tu, tiba-tiba ada la seorang pakcik ni kan, eh, abang ke.,apa2 jelah, dia tegur, dia kata " tak boleh pakai selipar kt dalam gim, kena keluar ye dik" hek eleh, tak semena2 betullah, aku yang tengah syok berjogging, terbantut terus.. selenge betul abg tu . aku dah lah tak bawak kasut, tertinggal kat rumah pulak,terlupa bawa balik, so terpaksalah aku memakai selipar jepun, sebelum ni pun aku pernah pakai selipar, takdepun orang tegur mengatakan tak boleh. sekarang pulak, dia dah wujudkan peraturan baru "kena pakai kasut sukan ye" . sebaiklah bukan aku seorang yang kena, aku dengan kawan aku, nak pergi pinjam kasut member lain pun dah malas, tak kuasa aku nak patah balik, memang tak lah kan.hadoii.. well dengan muka yang tak berapa nak malu sangat, aku melangkah keluar meninggalkan GIM dan balik ke bilik yang sejuk macam dekat LONDON..wakakakaka.

dengan hati yang agak panas melebur gitu, haha. aku jogging jelah dalam bilik , pun boleh kan,,haha, ok ape.
nak tahu aku buat apa? meh sini baca, aku share sikit

pertama sekali, korang buatlah regangan. bermula dari atas sehingga ke bawah

kepala dongak ke atas, ke kiri, ke kanan dan ke bawah (8x)
kemudian,
tangan kanan bawa dia ke kiri, manakala tangan kiri bawa ke kanan (8x)
kemudian,
lebarkan kedua-dua belah kaki, kemudian bengkokkan sedikit kaki kanan (8x)
dan bengkokkan pula kaki kiri (8x)

aku just state kan cara-cara yang basic, and the rest korang boleh buat sendiri.hehe

 ada dikalangan korang yang rendah tiba-tiba teringin nak jadi tinggi? pun boleh buat exercise ni tau.
korang boleh buat lompat bintang depan, belakang, kiri, kanan, (8x) ataupun lompat biasa (100x).
 (sebenarnya tak tinggi2 pun aku ni ha..haha)

    kemudian, untuk mengecilkan punggung ataupun peha boleh juga, korang buatlah cara seperti ini : baring di atas lantai,tapi korang kena alas dengan benda yang lembut, so takdelah sakit badan nanti
kemudian angkat kedua-dua belah kaki, kira sampai (20x)

   bawa badan korang mengiring  ke kanan, tangan kanan korang menongkat kepala, kemudian naikkan          kaki kiri ke atas dan bawah, kira sebanyak, 15x. (Sama juga dengan bahagian kiri ye)

   next, salah satu cara, untuk mengecilkan peha, korang cuba pula, sandarkan badan di dinding, kemudian     bongkokkan badan sedikit 90 darjah, tahan selama 10-15 minit confirm dapat rasa, ketegangannya. 

then untuk mengempiskan perut, korang kenalah buat tekan tubi  sebanyak, 50 kali,haha, amik kau
baru rasa kecut perut tu,,haha, takdelah, tak kisah korang nak buat macam mana, yang penting buat kan..

ada lagi cara-cara yang unik, lagi awesome lah aku rasa setakat ni dan korang boleh cuba juga, saja nak kongsi2 hihi.

kalau korang malas sangat nak bergerak, ke, nak melompat ke, nak berlari ke, boleh juga buat cara yang simple ni,,hehe

contohnye, dalam kelas. time korang duduk-duduk tu, korang boleh exercise tau sebenarnya,
cuba duduk menegak mengikut kerusi yang korang duduk, kemudian angkat kedua-dua belah kaki sambil melurus kan kaki, tahan selama 10-15 minit. rasa tegang di betis dan peha sangat mujarab..haha

kemudian, cara yang kedua korang angkat  dan goyang-goyang kan kaki, ataupun gerak-gerak kan kaki, tak kisah berapa kali korang nak buat, sampailah rasa penat kaki tu, hehe.

tengok, secara tidak langsung boleh menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas yang mungkin rasa boring tu kan dan boleh menguruskan peha dan betis korang tu,,hihih

dan satu lagi cara yang terakhir, dan aku juga tak lupa buat,,haha
masa tengah baring kat tilam tu, cuba korang angkat dan luruskan kedua-dua belah kaki di dinding, tak kisah berapa lama, sampailah korang dah rasa penat, memang best tau, cubalah try,, :D

so macam mana? rasa-rasanya korang boleh ke ikut ke?.hihi, terpulang pada diri masing-masing ye, ini cara-cara yang korang boleh buat bila tiada kesempatan nak pergi berjogging dekat luar, tapi dalam bilik pun boleh, dalam kelas pun boleh, senang cerita dekat mana-mana pun boleh, secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mengerakkan seluruh anggota badan kita.

yang penting, kita mesti sentiasa sihat, segar dan bertenaga selalu, 
bila kita sihat dan segar, takdalah rasa mengantuk dan letih kan
dan jangan lupa juga, minumlah "AIR KOSONG/ AIR SUAM" banyak2  8 GELAS sehari tau
barulah segala, kotoran dan toksin dapat bebas dari badan kita.

HA ACHANE korang? pergi GIM best jugak, Jogging dalam bilik pun best jugak.
pilih lah yang mana satu korang suka.hehe


fuiihhh. jari jemari ni pun dah cukup kaku menaip,kita berhenti sekejap, 
terima kasih membaca, harap-harap korang boleh jadi sihat, segar dan bertenaga,selepas membacanya,,hehehe.


#terima kasih yunie, sebab bawakan balik minuman teamix aku,aku pergi balik dan tertinggal air dekat GIM huwaaa :'D, 


Syukran Jazilan :)








Wednesday, June 27, 2012

Sahabat versus Best Friend


err. rasanya macam setiap saat, setiap minit aku, update.so dalam memikirkan masa depan ni, aku nak share-share sikit sesuatu.hihihi tajuknya berbunyi begini
                      " SAHABAT versus BEST FRIENDS"

apa pendapat korang? bagi aku sahabat versus best friends ni bunyi macam serupa tetapi berbeza karakternye (macam pelik je bunyi dia), haha

tapi itulah hakikatnya yang kita sahabat, kawan, teman, best friends. tiada yang beza sebenarnya. 
pada pendapat aku, aku lebih suka SAHABAT berbanding BEST FRIENDS. sebab apa? sebabnya bagi aku SAHABAT itu menunjukkan yang kita berkawan dengan sesiapa sahaja kita mahu, tak kiralah dia itu baik, jahat, buruk,cantik, pandai atau bodoh, maknanya dia tidak memilih dalam berkawan,maksudnya bukan terlalu rapat, tetapi secara terbuka  manakala BEST FRIENDS ini pula rasanya terlalu specific, maksudnya berkawan hanya berdua, bertiga sahaja, means kawan yang sangat rapat, kiranya dia hanya akan bercampur dengan kawan-kawanya  tertentu sahaja, tidak secara terbuka.

. masing-masing ada pendapat sendiri,so, itu pendapat aku. HA. korang macam mana pula? korang lebih suka BEST FRIENDS ke atau SAHABAT? korang rasa sahabat best ke bestfriend lagi best? so fikir-fikirkanlah ye.

Bila dalam berkawan ni, macam-macam kita dapat rasa, macam-macam wujud perasaan negatif. korang mesti ada kan? tipulah kamu kalau tak ada, semua yang ada kawan mesti pernah merasainya. contohnya yang paling biasa cemburu, dengki, sombong, kedekut ilmu, susah nak bergaul dengan orang lain, dan sebagainya. itu simptom-simtomp negatif yang sebenarnya kita tidak patut ada dalam sesuatu hubungan persahabatan.

contohnya, macam diri aku sendiri, rasanya, aku sendiri tak pernah wujudkan sebuah BEST FRIEND dalam hidup aku. sebab bagi aku, best friends buatkan hidup aku jadi lebih complicated. lebih senang aku anggap semua BEST FRIEND aku adalah sahabat-sahabat aku, tidak kira lelaki ataupun perempuan. aku lebih senang bergaul dengan semua orang, aku tidak mahu wujud perasaan-perasaan negatif dalam diri bila bersahabat. aku takut aku sendiri yang merana. 

dan satu hal lagi, ini sifat yang sudah terbiasa dalam diri aku, merendah diri, pemaaf dan meminta maaf memang sifat aku tu memang tak boleh lari dari hidup aku, 
biasanya, kalau aku merasakan aku buat satu kesilapan walaupun kesilapan itu kecil, aku tetap ingin meminta maaf. biasanya perlakuan itu aku lakukan apabila, aku meilihat air muka sesorang, mungkin, cara dia memandang kita, mungkin dia saling pandang-memandang antara kawanya. so secara tidak langsung aku boleh teka ,mungkin dia tidak suka aku, mungkin dia tidak suka cara aku. aku faham, jadi aku patut melakukan sesuatu, contohnya, aku berdiam diri, aku cuba menunjukkan riak seperti tiada apa-apa yang berlaku. dan ini salah satu sifat aku dalam bersahabat, aku sangat-sangat meneliti sifat atau air muka orang lain terhadap diri kita. di situ, kita dapat tahu yang kita mungkin ada kesalahan, atau kesilapan yang mungkin membuatkan orang lain kurang senang dengan kita. kalau dia kelihatan sedih atau tidak gembira, secara automatiknya, saya cepat-cepat akan cuba buat dia gembira dan boleh juga kita memohon maaf, mungkin ada kesalan yang membuatkannya kecil hati, tak salahkan kita buat benda baik. 

bagi aku dan cara aku, cukuplah jika sahabat-sahabat kita tu bahagia dan gembira. aku sanggup buat apa, supaya semua sahabat aku gembira, bahagia,  dan tiada sifat negatif yang wujud dalam diri masing-masing.


mungkin pernah wujud , perasaan-perasaan negatif dalam diri, tapi aku cuba untuk mengelakkan, sebab aku tidak mahu kehilangan semua sahabatku. sebabnya aku terlalu sayangkan semua sahabatku sebagaimana aku terlalu sayangkan Allah, sebegitulah, kuatnya sayang aku terhadap mereka.

tiada sahabat, maka tiada wujudnya gelak ketawa. 
hilang persefahaman, hilanglah kejujuran.
maka hilanglah nilai persahabatan.

". sahabat , aku mohon semoga Allah meredhai persahabatan kita ini, semoga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa kita, setiap apa kesalahan yang dilakukan, kita hanya manusia yang hina di mata Allah, sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan kesempatan untuk kita bersama-sama mewujudkan kasih sayang antara kita,Insyallah. AMIN


# jujurnya aku sayang semua sahabat-sahabat ku  :D

Syukran jazilan :'D

Tuesday, June 26, 2012

Believe it or Not? COLOURS can improve memory


 hai everybody, good morning, dah bangun ke belum, ke ada yang masih tidur lagi? Alhamdulillah, aku puasa hari ini,sebab tu lah pagi2 lagi dah bangun, hihi. well, tiba-tiba pulak, pesanan ringkas memberitahu " kelas hari ini dibatalkan sebab time seronok nak pergi kelas ni lecturer meeting pulak kan" wahhh (nak jerit satu uitm kejap, sebenarnya seronok takda kelas) hahah.  so pagi-pagi yang fresh morning ni aku nak ambil kesempatan, nak share sesuatu dengan korang semua tau.  :D

ok. before that, aku nak tanya, korang semua suka warna apa? BIRU? MERAH? KUNING? PINK? HIJAU? ke RAINBOW colour? 

aku suka sangat dengan warna, aku suka tengok warna-warna yang menarik, lagi2 warna yang macam neon tu, unic rasanya..haha
tengok gambar bawah ni






Al-Quran pun warna warni, cantik sangat kan, semangat  je bila nak baca Al-Quran, tapi ingat, jangan taksub sangat tengok warna, nanti lansung tak focus dan paham apa yang di baca. 


so, hari tu, aku beli pen jenama STABILO yang ada macam-macam warna tu, penat mencari, akhirnya jumpa jugak pen ni yang dijual satu2, kalau beli yang satu set tu mahal sangat la pulak, beli satu2 jimat sikit and murah. boleh tahan lah,hehe. 






 ini je warna yang aku beli. actually aku nak cari warna yang macam NEON tapi dah habis. hoho, sampai hati tau kakak kedai alat tulis ni, mesti sengaja menyorokkan warna yang aku suka.haha








this is it, ,my drawing sketch using the STABILO colour,hehe tak berapa nak menarik sangat rasanya. haha. rasa semangat tengok warna-warna ni kan. (korang abaikan apa yang ditulis tu, tapi rasnya tak nampak  apa yang ditulis tu kan, haha). kalau deselitkan warna NEON kan best, tapi sedihnya tak ada.:'D tengok betapa kuatnya kesukaan aku terhadap warna NEON ni, haishhh. :'D


okay. korang suka kan warna-warna ni,hope suka lah ye, tapi mana lah tahu, mungkin ada di kalangan korang yang tidak suka dengan warna kan. ( errr. macam pelik je, kalau ada orang tak suka warna, takkan hidup dia cuma diwarnai dengan warna putih je, pelik bin ajaib) haha, tak best tau, 

kalau korang semua nak tahu, warna-warna ni sometimes bagi kita strength, mean macam, ikut karakter kita tau.hehe
and yang paling penting sekali  and best warna-warna ni juga IMPROVE OUR MEMORY by 78% tau..haha highest jugak tu. betapa kuatnya memory kita bila kita melihat warna-warna.

apa yang menyebabkan warna-warna ini meningkatkan minda kita, mari kita lihat. :

1. makes reading easier
2. emphasize the important things
3. attract attention
4. improve retention
5. increase understanding
6. enhance memory.
7. synergize left & right brain
8. make important points stand out
9. Stimulate the sense & engage our emotion.

so benefit dia banyak kan. 
  pakar Pscychologists juga ada mengatakan they have found that COLOURS  can STIMULATES the brain and help it to RETAIN information more effectively. Hence, colour also help us to REMEMBER better.


jadi, tiada masalah buat aku yang kadang-kadang susah sangat nak ingat sesuatu ni, lebih-lebih lagi kalau tengok buku, aku ambil masa yang berjam2 nak ingat..hihi, selain berdoa pada Allah, supaya mudah mengingati sesuatu perkara, warna juga boleh improve kan ingatan aku yang tak berapa nak ingat sangat ni kan. hadoi2, nadiah2.

 tapi kalau korang nak tahu, and penting ni, istimewanya aku, Wahh, istimewa lah sangat kan, aku sangat-sangat mudah mengingati orang tau, even orang itu jauh beribu batu. haha, tipu je, takdelah sampai beribu batu sangat, let say  macam kawan lama aku yang dah berpisah selama berapa tahun, aku masih ingat diaorang sampai sekarang, rupa dia dari hujung rambut sampai hujung kaki, hebat tak,, HAHA. tapi sedih tau, bila kita tanya kawan kita balik " awak ingat saya lagi tak" dia jawab "tak ingat langsunglah" yang best sangat tu dia cakap "awak ni kawan yang mana satu eh, awak kawan kita dulu ke" ehh, ada ke patut cakap aku macam tu, sedap je mulut dia  tau cakap kita ni kawan dia dulu ke? mestilah kawan awak dulu oiii.. kalau tak buang masa je aku tanya yang kau ni kawan aku ke tidak. bukan seorang je, ramai lah juga. betapa besarnya dan kuatnya ingatan aku pada mereka, tapi diaorang, tak ingat aku langsung, haishh, merajuk betul,,haha, tapi Alhamdulillah, bila aku cerita dari A sampai Z. barulah diaorang ingat, sebaik ingat, kalau tak ingat lah, dah  lama aku kejar dia keliling dunia ni, hamboi jauhnya,haha..

Bagaimana pula dengan OTAK kiri & kanan ? apa yang dia lakukan. kita lihat sama-sama 






otak kita yang di sebelah KIRI bekerja sebagai:           otak kita yang di sebelah KANAN bekerja sebagai:

           - Logic word                                                                       - Awareness
           -Numbers                                                                          - Rhythm
           -Sequence                                                                         - COLOURS
           -Language                                                                          - Dimension
           -Analysis                                                                            - Imagination
           -Lists                                                                                   - DayDreaming



wahh. bestnye. macam-macam otak kita buat, bukan kita sahaja bekerja, otak kita juga bekerja,  kesianlah otak kita,lebih-lebih lagi otak KANAN kalau kerja kita asyik day dreaming je kan,,haha, siapa pulak nak tolong otak kiri kan kalau bukan kita. jadi gunakanlah sebaik-baiknya otak kita ke arah kebaikan ye. hehe

so guys. jomlah kita sama-sama cuba guna WARNA_WARNA yang menarik ini. best sangat.  , jom kita warna-warni kan nota-nota kita..so takdelah kita boring tengok warna yang sama je kan, at least, adanya warna yang pelbagai  ni, kita jadi seronok membacanya kan. hehe  dan mari kita bersama-sama tingkatkan memory. JOm. JOM. JOM. 

okay. thats all i would like to share with you guys, hopes you all suka, yang tak suka, tak apa. saya suka.hehe see you next time.


#Syukran Jazilan. :D









Monday, June 25, 2012

Bahananya meninggalkan solat lima waktu


    Sebelum saya memulakan bicara, saya nak tanya sesuatu pada sahabat-sahabat sekalian, pernah tak korang semua teringgal solat? tak kisahlah solat subuh ke, isyak ke, zuhur ke, maghrib, ke, asar ke? pernah tak?
mesti ada yang pernah kan, dan mungkin juga ada yang tidak pernah meninggal solat, Alhamdulillah saya ucapkan. 
 saya sendiri pun pernah tertinggal solat. biasanya kalau teringgal solat, tu kadang2 terlupa, rasa macam dah solat, tapi sebenarnya belum, lagi satu, bila dah tidur tu, memanglah tak ingat dunia, last2 solat entah ke mana, jadi tertinggallah solat tu, makanya, solat kita tak pernahnya jadi cukup lima waktu.

sahabat-sahabat nak tahu, solat lima waktu ni sangat penting selain dari solat sunat yang biasa kita lakukan contohnya solat dhuha, isthikarah, tahajud, taubat dan sebagainya,
solat ini pun penting juga, tapi kita mesti ingat dahulukan yang wajib, yang sunat itu bila-bila masa sahaja kita boleh lakukannya, mengikut kemampuan masing-masing.


sahabat-sahabat sekalian, mari kita renung-renungkan kenapa masih ramai antara kita yang memandang enteng pada solat, kadang-kadang2 saya sendiri pun rasa sangat berdosa bila tidak solat ( hal wanita. err, paham2 jelah ye) inikan yang tinggalkan solat. lagilah perasaan berdosa pada Allah itu membuak-buak. sedangkan kita tahu betapa besarnya azab yang akan Allah berikan kepada orang-orang meninggalkan solat lima waktu ini. bayangkan jika kita berada di hadapan api neraka. menyesal kemudian puntidak berguna, semuanya sudah terlambat. Dunia semakin hari semakin menginjak tua. Esok lusa kiamat tiba. sempatkah kita? Mari kita renungkan bersama.

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
segalanya yang tertulis di atas, adalah untuk renung-renungan kita bersama, juga sebagai pesanan dan nasihat untuk diri saya yang hina , semoga Allah mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini, ibubapaku, keluargaku,sahabat2ku, juga kaum muslimin dan muslimat supaya mencari jalan kebenaran yang Diredhai olehNya. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Sahabatku, bangunlah dari tidur, sembahyanglah kamu, sebelum kamu di sembahyangkan
sama-samalah kita.


#Syukran Jazilan :'D

Sunday, June 24, 2012

Refreshing Mind


hello. hello. good morning guys.
pagi yang best, refreshing my mind.
Alhamdulillah, rasa lebih tenaga sedikit pagi ini
 baru sahaja mengambil nutrient tambahan. HERBALIFE ! hehe
i'm free ! i'm fresh! i've energy yahhahaha



memang tak rasa mengantuk pn pagi ini
so nak buat apa ye,
rasa rindu nak pergi kelas, jumpa lecturer, jumpa kawan yang paling best, mesti sekarang ni dah masuk topik baru,
aku , macam biasalah, mesti ketinggalan, tak pernah penuh dalam salah satu subjek tu aku hadir.
mesti ada je salah satu topik yang aku tertinggal
sebaiklah ada kawan2 yang sudi berkongsi jika aku tertinggal subjek,
huwaaaa.
yelah setiap bulan ada appoinment dengan doc. so memang kewajipan aku akan selalu terlepas subjek.hoho
tak apelah yang penting semangat untuk belajar tu mesti ada. YEAH!

rumah ni sunyi, adik2 semua p belajor.huhu
ada pun ibu dengan kucing kesayangan ku BJ, KJ, Blacky and Cherry..hehe
teman mainan aku bercakap seorang, 
entah paham atau taklah kucing aku tu, Allah je tahu,heeh.  ayah pun p kerja, tempat aku yang seterusnya ialah internet, kalau tiadanya, aku tak dapat cari apa2 maklumat langsung tau.

btw. pagi tadi baru cuba buat skrip nak hafal utk temuduga . masih dalam persediaan.
tak tahulah sempat atau tidak, biasanya orang dah buat persediaan lepas je dapat surat interbiew tu, tapi aku seminggu nak pergi baru, terhegeh2 nak buat.  nampak sangatlah macam tak nak pergi kan. HAHA

actually time tu, aku masih dalam kebingungan, tak dapat buat decision dengan tepat, at Last. macam nilah, last2 minute. memang alamat kau gelabah gabanlah. takpe, masih ada seminggu lebih ni, aku akan cuba kuatkan hati dan teruskan perjuangan walaupun sesingkat manapun masanya. Insyallah, aku yakin Allah pasti tolong aku. YEAh.. semangat! semangat!

baru nampak adventure dia sikit kan. (banyaklah kau punya adventure.! hapa pun tak boleh nanti) WAkaka.
relax.. relax.. cool.. cool. hehehe

pagi-pagi ni, kita refreshing mind sikit.hehe 
#oklah, nak pergi sambung baca skrip. usaha tangga kejayaan kan. ! 
syukran jazilan, :D




Berdebar-debar lagi. FIUHH !


hello guys

Ahad malam isnin kan?
so sepatutnya aku balik kampus,tapi tak pun,ada sebab2 yang tidak dapat dijangkakan haha..well. bunyi macam serius je kan Actually, aku ada appoinment BRACES,huhu
macam biasalah, dok ketat2kan besi dekat gigi tu ha..and yang paling best tukar colour braces,wahaha
last month warna oren, tapi minggu ni tak tahulah depa nak letak warna apa kan, yang pasti semua warna aku dah pernah pakai haha, merah sudah, oren sudah, pink sudah, hijau sudah, biru turqoise pn sudah,
warna pelik2 je belum lagi, harap2 taklah kan, takut pelik pulak aku berckap dengan orang nanti,
buatnya bila aku bercakap nanti diaorang p bantai gelak aku pulak, memang hari2 aku pakai purdah kang,   (tak ke ayu namanya tu) wakaka :D

dah. dah. apehal lah lari tajuk aku hari ni, haha
biasalah gaya-gaya introduction yang tak berkait langsung kan.huhu

well,  lately, aku tengah buat persediaan sedikit-demi sedikit untuk p interbiew SPA ni ha
mahu taknye berdebar jantung aku sekarang ni, baru sahaja buat persediaan
belum , pergi lagi kan, dah gelabah gaban , Ha, Achane tu Johan..haha

Sebenarnya, aku takdalah serius sangat nak apply jawatan ni, tapi entah macam mana lah boleh sampai surat ni, tahutak yang pergi ambilsuart tu kat postman bukanya aku, AYAH aku pulak tu, memang sedaplah kena kau kena pergi nadiah oiiii. mana taknya, ayahnye dah lah kerja kerajaan. memang dia menggalakkan anak-anaknya pergi temuduga tu. HA ( padan muka siapa suruh apply awal2)
hambik kau.!

Alhamdulillah, setakat ni, inilah temuduga aku yang kedua kalinya, tapi kali ni temuduga aku dengan kerajaan kot, aku ini memang  nak cari kerja terus kot, belajor pun belum habis lagi dah berangan nak dapat kerja terus. hohoho . NAH ! HAMBIK KAU sekali lagi.

so memanglah nasib aku ni, entahlah macam mana. susah hendak ditafsirkan bagimana

hati aku berdoa pada Allah, patut ke aku pergi? aku takut, aku tak bersedia langsung ni,aku tak tahu apa yang harus aku cakap bila di temuduga nanti.

 entahlah.
aku masih berfikir2 fikir, aku buntu, hati aku sekejap kata nak pergi, sekejap lagi dia kata tak nak pergi, ARGHHH.. memang selenge betullah.

Malam semalam, sambil2 menonton tv dgn ayah and ibu, yang aku  kat sebelah tu duk online kt lappy lah.hihi
tiba-tiba ibu bersuara,

ibu: angah, dah sedia belum nak pergi temuduga tu
aku: terdiam seribu bahasa, speechless weyh. dengan muka aku yang buat2 sedih, macam tak nak pergi tu..huhu
ibu : angah macm tak nak pergi, tak payah lah, tak bersedia langsung, nanti, ternganga bila depan panel temuduga tu.
ayah: janganlah pengaruh dia supaya tak payah pergi, pergi ambil pengalaman je, kalau tak dpat tu belakang kira,  yang penting kita ada pengalaman, ayah bagi peluang ni sekali je, lepas ni takda dah. ( sebenarnya, panjang gila ayah bagi ceramah, malaslah nak cakap, sampai buat aku terdiam selama setengah jam.haha) HAMBIK KAU sekali lagi !, IBU pn terdiam)

keadaan terus jadi sunyi sepi, TV kt depan tu yang berckap sorang2.HAHA, aku nak menangis sebenarnya, tapi aku tahan, dahlah aku ni cepat meleleh orangnya, orang baru cakap sedkit je pun dah nak menangis, kalau orang marah apatah lagi kan. so inilah sifat yang tak boleh lari dari hidup aku,

Fiuhhhh.!  stressssoooo aku memikirkannya. selang setengah jam kemudian, aku masuk bilik, aku fikir2, adaa benarnya jugak kata ayah, dah nak masuk tiga minggu lebih kot, minggu depan lagi satu aku dah nak pergi interview tu, tapi persediaan aku biasa-biasa sahaja,

entah bila aku nak serius dengan semua ini, rasanya,aku kena banyak2 buat solat istikharah denga solat dhuha, supaya Allah tolong aku beri kekuatan dan semangat. Insyallah. 

walauapapun, aku akan teruskan dan pergi temuduga tersebut. biarlah apa pandangan mereka terhadap diri aku, aku adalah aku, dan aku dah cuba yang sehabis baik, itu sudah memadai buat aku. dan bila aku fikirkan sekali lagi, ini adalah masa depan aku, aku yang tentukan sendiri, bukan ayah, bukan ibu, pokok pangkalnya, aku sendiri, semuanya terletak di atas tanganaku sendiri. dan aku pasti. segalanya kehendak Allah, dan ujian ini aku harus juga hadapi walau apa yang terjadi pun. Insyallah.

#semoga semasa di temuduga nanti Allah memudahkan segala urusanku.dan melindungi aku.Amin


#merindui adik2ku dan kakakku. huhu terutama beihaMat tempat mengaduku yang paling best..hoho, tolonglah bagi semangat kt kakakmu ni,  :'(
 syukran jazilan. :D