Monday, June 25, 2012

Bahananya meninggalkan solat lima waktu


    Sebelum saya memulakan bicara, saya nak tanya sesuatu pada sahabat-sahabat sekalian, pernah tak korang semua teringgal solat? tak kisahlah solat subuh ke, isyak ke, zuhur ke, maghrib, ke, asar ke? pernah tak?
mesti ada yang pernah kan, dan mungkin juga ada yang tidak pernah meninggal solat, Alhamdulillah saya ucapkan. 
 saya sendiri pun pernah tertinggal solat. biasanya kalau teringgal solat, tu kadang2 terlupa, rasa macam dah solat, tapi sebenarnya belum, lagi satu, bila dah tidur tu, memanglah tak ingat dunia, last2 solat entah ke mana, jadi tertinggallah solat tu, makanya, solat kita tak pernahnya jadi cukup lima waktu.

sahabat-sahabat nak tahu, solat lima waktu ni sangat penting selain dari solat sunat yang biasa kita lakukan contohnya solat dhuha, isthikarah, tahajud, taubat dan sebagainya,
solat ini pun penting juga, tapi kita mesti ingat dahulukan yang wajib, yang sunat itu bila-bila masa sahaja kita boleh lakukannya, mengikut kemampuan masing-masing.


sahabat-sahabat sekalian, mari kita renung-renungkan kenapa masih ramai antara kita yang memandang enteng pada solat, kadang-kadang2 saya sendiri pun rasa sangat berdosa bila tidak solat ( hal wanita. err, paham2 jelah ye) inikan yang tinggalkan solat. lagilah perasaan berdosa pada Allah itu membuak-buak. sedangkan kita tahu betapa besarnya azab yang akan Allah berikan kepada orang-orang meninggalkan solat lima waktu ini. bayangkan jika kita berada di hadapan api neraka. menyesal kemudian puntidak berguna, semuanya sudah terlambat. Dunia semakin hari semakin menginjak tua. Esok lusa kiamat tiba. sempatkah kita? Mari kita renungkan bersama.

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
segalanya yang tertulis di atas, adalah untuk renung-renungan kita bersama, juga sebagai pesanan dan nasihat untuk diri saya yang hina , semoga Allah mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini, ibubapaku, keluargaku,sahabat2ku, juga kaum muslimin dan muslimat supaya mencari jalan kebenaran yang Diredhai olehNya. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Sahabatku, bangunlah dari tidur, sembahyanglah kamu, sebelum kamu di sembahyangkan
sama-samalah kita.


#Syukran Jazilan :'D

No comments: