Wednesday, April 4, 2012

The Canny Ong Murder



Masih ingat lagi kah kita pada tahun 2003 digemparkan dengan satu kes pembunuhan seorang Penganalisis Teknologi Maklumat iaitu Canny Ong. kes pembunuhan beliau telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia ketika itu, betapa tragisnya pembunuhan beliau. betapa sekejam-kejamnya orang yang bertopengkan manusia itu. walaupun peristiwa ini sudah kira-kira 10 tahun yang lalu, tetapi kejadian yang seperti ini masih tetap berlaku di Malaysia, bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. di sini saya ingin menceritakan sedikit bingkisan kisah pembunuhan beliau.Bagi yang terlupa atau tak tahu, Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.Untuk pengetahuan anda, suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.
Secara ringkasnya, plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau.
Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.



beginilah mayat canny ong yang ditemui rentung

Dan sebagai mengenangkan kembali peristiwa tersebut, dokumentari istimewa berjudul The Murder of Canny Ong, di tayangkan di televisyen.betapa kejamnya manusia tersebut.pembunuh tersebut akhirnya ditangkap dan akhirnya dikenakan hukuman gantung sehingga mati oleh Mahkamah Tinggi masih banyak lagi kes-kes yang sama seperti ini terjadi di sekeliling kita tanpa kita sedari sebenarnya. seperti kes mona fendy, kes pembunuhan noritta shamsudin, Datuk Sosilawati, Nurin Jazleen, Atlantuyaa Shaariibuu,. dan banyak lagi sebenarnya tidak dinyatakan.
Segerun nama, sekeras hukuman, Semakin hilangkah rasa perikemanusiaan? sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T melindungi kita setiap masa. Insyallah perkara-perkara tersebut dapat dielakkan. AMIN.





x

No comments: