Friday, April 20, 2012

Mimpi rupanya !


takda apa yang best tengahari ni.
saja nak bercerita merepek hari ini.
al- maklumlah, semalam, maksud saya malam semalam. saya bermimpi,  yang  peliknya
saya rasa mimpi kali ini sangat berbeza dari mimpi-mimpi yang lain, rasanya ini kali pertama saya bermimpi sebegini, kelakar pun ada.
nak tahu apa mimpi tu, aduh, kelakarnya nak cakap.
sebenarnya saya mimpi saya mengandung.hahahahahaha.
apalah sengal sangat mimpi macam tu.
hai nadia,nadia, dah berangan sangat nak kahwin ke ape.adoihaiii

haaa,sudah2, sambung balik cerita kita

bermulanya kisah, si gadis dan jejaka tersebut.
saling kenal mengenali, tapi tak pasti di mana pernah temui dia?
di sekolah? tak pulak, di universiti? tak pulak. di tempat kerja ? lagilah bukan,
tapi saya tak pasti di mana.
siapakah gerangannya? siapakah?
(yang pasti dalam mimpi itu, saya dapat melihat wajah dia,tapi saya tetap tak kenal dia,yang pasti dia sangat kacak.amboi2.berangan sungguh)
memang mimpi mainan tidur betul.

sampailah satu masa ,si gadis dan jejaka itu berkahwin .hihih
bermulalah kisah si suami dan si isteri
(best pulak saat tu, agak2nye, masa tengah mimpi itu mesti muka saya tersengih2 macam kerang busuk..kahkah.)

then, beberapa tahun kemudian, si isteri itu mengandung,(dalam mimpi ok?)
dan ketika mengandung tu pulak, macam2 masalah yang timbul. adoi, pelik betul mimpi ni, tiba2 ada pulak orang lain yang mengandungkan anak si isteri ini, (Abaikan ayat ini, merepek betul)huhu

ketika nak melahirkan anak itu,si isteri menghadapi kesulitan, bayi dalam perut tu, macam susah sangat nak keluar? ha? 
tapi yang romantisnya, si suami yang kacak itu tidak jemu dan sentiasa di samping isterinya ini,heeeehehe, (alamak soo..sweeeeett..) dalam mimipi selalu begini.haha

akhirnya selepas 4jam bertarung , bayi tersebut selamat di lahirkan.
betapa gembiranya hati isteri ini. tetapi, keadaan ceria terus bertukar menjadi suram kerana ada masalah pada bayi tersebut.

doktor memberi tahu suami,
suami pula meminta supaya si isteri ini bersabar dan bertenang, bayi tersebut mengalami masalah otak ketika dilahirkan? masalah otak apa ini?
(makin rumit mimpi ini? tak tahulah masalah otak apa. sebab tak ingat dah mimpi ini, tapi yang pastinya terdapat masalah komplikasi ketika melahirkannya dan menyebabkan ganguan otak terhadap bayi itu. ok? jelas kan..

si isteri ini terus tergamam ,dia tidak dapat menerima kenyataan bayinya mungkin sukar bertahan lama di sebabkan masalahtersebut
si suami terus meluru ke arah isterinya dan memeluknya  . si suami  cuba untuk menenangkan hati isterinya
........dan saat itu,
terdengarlah bunyi sesuatu
selawat syifa,,,,,,,,macam bunyi telefon saya berbunyi
mata terus terbuka,

lahhh, sahlah...mimpi rupanya.....sengal betul, ingat betul2,, apa dahhh
( yang pasti saya yang berada dalam mimpi tersebut,kahkah) 


haha, sengal kan. 
BTW
mIMpi tak pernah menjadi kenyataan
dan sering menjadi mainan tidur manusia.
so , jangan berangan sangat mimpi jadi kenyataan ye,,
hihihihihihi.
bukannya tak percaya,
tapi not 100% tau sayang.hehe

ok.ok.ok. apalah mimpi ni.TAK KENYATAAN LANGSUNG,K BAI.




No comments: