Thursday, June 28, 2012

Pergi GIM tapi Jogging di bilik, ha,Achane tu korang.!?


hai guys. ada buat apa2 tak hari ini. ? ? ?
 Rasanya eloklah kita pergi lakukan aktiviti2 yang sihat kan, tak kisah lah pagi ke, petang ke? malam ke? haha contohnye jogging, main badminton, berenang, berjalan ape2 jelah aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. so sepatutnya, aku sedang berjogging di GIM petang tadi. tapi tak sampai 10 minute, aku baru je nak naik basikal bergerak dalam gim tu, tiba-tiba ada la seorang pakcik ni kan, eh, abang ke.,apa2 jelah, dia tegur, dia kata " tak boleh pakai selipar kt dalam gim, kena keluar ye dik" hek eleh, tak semena2 betullah, aku yang tengah syok berjogging, terbantut terus.. selenge betul abg tu . aku dah lah tak bawak kasut, tertinggal kat rumah pulak,terlupa bawa balik, so terpaksalah aku memakai selipar jepun, sebelum ni pun aku pernah pakai selipar, takdepun orang tegur mengatakan tak boleh. sekarang pulak, dia dah wujudkan peraturan baru "kena pakai kasut sukan ye" . sebaiklah bukan aku seorang yang kena, aku dengan kawan aku, nak pergi pinjam kasut member lain pun dah malas, tak kuasa aku nak patah balik, memang tak lah kan.hadoii.. well dengan muka yang tak berapa nak malu sangat, aku melangkah keluar meninggalkan GIM dan balik ke bilik yang sejuk macam dekat LONDON..wakakakaka.

dengan hati yang agak panas melebur gitu, haha. aku jogging jelah dalam bilik , pun boleh kan,,haha, ok ape.
nak tahu aku buat apa? meh sini baca, aku share sikit

pertama sekali, korang buatlah regangan. bermula dari atas sehingga ke bawah

kepala dongak ke atas, ke kiri, ke kanan dan ke bawah (8x)
kemudian,
tangan kanan bawa dia ke kiri, manakala tangan kiri bawa ke kanan (8x)
kemudian,
lebarkan kedua-dua belah kaki, kemudian bengkokkan sedikit kaki kanan (8x)
dan bengkokkan pula kaki kiri (8x)

aku just state kan cara-cara yang basic, and the rest korang boleh buat sendiri.hehe

 ada dikalangan korang yang rendah tiba-tiba teringin nak jadi tinggi? pun boleh buat exercise ni tau.
korang boleh buat lompat bintang depan, belakang, kiri, kanan, (8x) ataupun lompat biasa (100x).
 (sebenarnya tak tinggi2 pun aku ni ha..haha)

    kemudian, untuk mengecilkan punggung ataupun peha boleh juga, korang buatlah cara seperti ini : baring di atas lantai,tapi korang kena alas dengan benda yang lembut, so takdelah sakit badan nanti
kemudian angkat kedua-dua belah kaki, kira sampai (20x)

   bawa badan korang mengiring  ke kanan, tangan kanan korang menongkat kepala, kemudian naikkan          kaki kiri ke atas dan bawah, kira sebanyak, 15x. (Sama juga dengan bahagian kiri ye)

   next, salah satu cara, untuk mengecilkan peha, korang cuba pula, sandarkan badan di dinding, kemudian     bongkokkan badan sedikit 90 darjah, tahan selama 10-15 minit confirm dapat rasa, ketegangannya. 

then untuk mengempiskan perut, korang kenalah buat tekan tubi  sebanyak, 50 kali,haha, amik kau
baru rasa kecut perut tu,,haha, takdelah, tak kisah korang nak buat macam mana, yang penting buat kan..

ada lagi cara-cara yang unik, lagi awesome lah aku rasa setakat ni dan korang boleh cuba juga, saja nak kongsi2 hihi.

kalau korang malas sangat nak bergerak, ke, nak melompat ke, nak berlari ke, boleh juga buat cara yang simple ni,,hehe

contohnye, dalam kelas. time korang duduk-duduk tu, korang boleh exercise tau sebenarnya,
cuba duduk menegak mengikut kerusi yang korang duduk, kemudian angkat kedua-dua belah kaki sambil melurus kan kaki, tahan selama 10-15 minit. rasa tegang di betis dan peha sangat mujarab..haha

kemudian, cara yang kedua korang angkat  dan goyang-goyang kan kaki, ataupun gerak-gerak kan kaki, tak kisah berapa kali korang nak buat, sampailah rasa penat kaki tu, hehe.

tengok, secara tidak langsung boleh menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas yang mungkin rasa boring tu kan dan boleh menguruskan peha dan betis korang tu,,hihih

dan satu lagi cara yang terakhir, dan aku juga tak lupa buat,,haha
masa tengah baring kat tilam tu, cuba korang angkat dan luruskan kedua-dua belah kaki di dinding, tak kisah berapa lama, sampailah korang dah rasa penat, memang best tau, cubalah try,, :D

so macam mana? rasa-rasanya korang boleh ke ikut ke?.hihi, terpulang pada diri masing-masing ye, ini cara-cara yang korang boleh buat bila tiada kesempatan nak pergi berjogging dekat luar, tapi dalam bilik pun boleh, dalam kelas pun boleh, senang cerita dekat mana-mana pun boleh, secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mengerakkan seluruh anggota badan kita.

yang penting, kita mesti sentiasa sihat, segar dan bertenaga selalu, 
bila kita sihat dan segar, takdalah rasa mengantuk dan letih kan
dan jangan lupa juga, minumlah "AIR KOSONG/ AIR SUAM" banyak2  8 GELAS sehari tau
barulah segala, kotoran dan toksin dapat bebas dari badan kita.

HA ACHANE korang? pergi GIM best jugak, Jogging dalam bilik pun best jugak.
pilih lah yang mana satu korang suka.hehe


fuiihhh. jari jemari ni pun dah cukup kaku menaip,kita berhenti sekejap, 
terima kasih membaca, harap-harap korang boleh jadi sihat, segar dan bertenaga,selepas membacanya,,hehehe.


#terima kasih yunie, sebab bawakan balik minuman teamix aku,aku pergi balik dan tertinggal air dekat GIM huwaaa :'D, 


Syukran Jazilan :)