Monday, July 9, 2012

SEMPURNAKAH kita di hadapanNYA ?


Alhamdulillah, Syukur, kepada Illahi, dapat aku menikmati pagi subuh yang segar, indah dan tenang.
Syukur sekali lagi masih menjalani ibadah puasa seperti biasa yang memberikan aku seribu makna di bulan Syaaban ini. Moga Allah menerima ibadah aku yang mungkin masih kurang sempurna ini, Insyallah.

ohh, ya apa yang boleh kita bincangkan dan kongsikan pagi hari ini, Al maklumlah, pagi ini kelas aku TIADA jadi seperti biasa, rutin harian aku yang akan berkongsikan sesuatu bersama pembaca-pembaca ku yang disayangi ini, cewaahhh,,haha :D

mungkin topik kali ini sensitive sedikit berbanding dengan entri-entri sebelumnya, cuma ia berkenaan dengan ibadah yang kita jalankan sepanjang di bumi ALLAH ini, contohnya, solat kita, sikap kita,kehidupan kita, dan sebagainya.

sebelum itu, masih adakah di antara kita menyedari bahawa masih banyak hutang kita pada ALLAH s.w.t yang belum dilangsaikan atau dijalankan dengan sempurna? 
Ya ! aku tidak terKECUALI.  mungkin ada di antara korang yang rasa kita sudah sempurna, mungkin sebilangannya tidak. Bagi diri aku, masih banyak lagi yang aku belum selesaikannya dengan sempurna. mari kita baca sama-sama...

pertama :

SOLATadakah solat yang kita jalankan setiap hari lima waktu itu sudah betul-betul sempurna? mungkin kita tidak sedar yang kita pernah meninggalkan solat secara tidak sengaja/sengaja, mungkin juga kita terlupa menjalankan ibadah wajib itu kerana kita tidak sedar kerana tidur kita yang terlalu asyik sehingga waktu solat itu sudah habis. itulah yang terjadi pada kita. pernah tak kita terfikir, walaupun kita solat setiap hari dalam lima-lima waktu itu yang kita jalankan, adakah kita terfikir yang ALLAH akan terima solat kita? mungkin YA dan mungkin TIDAK. jadi marilah , sama-sama kita renungkan dan sama-sama kita sempurna solat kita, terutama dari segi pengambilan wuduk yang sempurna, cara kita menunaikan solat, sebutan-sebutan ayat-ayat suci Al-Quran yang tartil dan sempurna serta khusyuk dalam solat. Insyallah, bila solat kita melakukannya dengan betul sempurna, hati kita akan menjadi tenang, kita akan rasa Allah benar-benar dekat dengan kita, sebab apa? sebab kita telah melakukan solat itu dengan SEMPURNA dan melakukan ibadat hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t.


kedua:

SIKAP dan PERBUATAN . isu ini melibatkan perkara yang agak sensitif, berkenaan tentang sikap kita dan juga perbuatan kita. contohnya adakah kita menghormati orang lain? adakah kita berucap dengan kata-kata yang sopan? adakah kita selalu mengata orang lain?  dan sebagainya. inilah yang biasa kita dengar dan lihat. masih ada dia antara kita yang tiada rasa kurang hormat terhadap individu tersebut, tidak kira warga tua, dewasa atau yang muda. masing-masing tetap menerapkan sifat negatif tersebut. tidak terkecuali dalam percakapan kita, masih juga di kalangan kita yang berkomu nikasi dengan cara yang kasar ataupun dipanggil kurang sopan, dan yang paling ketara sekali ialah mengata/mengumpat. ohh. sangat negatif, diri kita yang sangat negatif jugalah yang menyebabkan kita sukar untuk diterima oleh ALLAH. malah Allah sangat membencinya sekali, walaupun kita solat hari-hari mengikut waktu dan mencukupi lima waktunya, tapi sayangnya masih terdapat sisa negatif yang sukar untuk dihapuskan dalam hati kita. bagaimanakah harus kita lakukan? sekiranya di bulan PUASA, sikap negatif kita tetap diteruskan. apakah yang akan terjadi dengan ibadah PUASA kita? rasanya adakah betul-betul 100% sempurna bagi ALLAH?
tidak bukan. jadi mulai sekarang ini, sama-sama jugalah kita membetulkan sikap atau perbuatan negatif kita yang ke arah menjadi yang POSITIF.


Saat kita merasakan kita sempurna di hadapan ALLAH s.w.t sebenarnya kita tidak, masih banyak kesilapan yang kita lakukan, dan harus diperbetulkan, jadi hari ini, mulai saat ini, inilah masanya kita buktikan kesungguhan kita pada ALLAh supaya ALLAH tahu yang kita masih mengharapkan redhanya dan menjadi yang sempurna di hadapanNYA. Insyallah. :D

sekiranya kita sering menghadapi kesukaran untuk menghadapinya atau sukar untuk melakukannya ataupun, sudah berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi masih di lema dan melakukan kesilapan itu lagi, sama-samalah ringan kan bibirmu berzikir kepada ALLAh setiap kali kamu melakukan kesilapan. INSYALLAH, ALLAH tahu kita telah berusaha semata-mata untukNYA.

" YA ALLAH, ENGKAU BUKAKANLAH PINTU HATIKU, UNTUK MENERIMA HIDAYAHMU " AMIN

segala yang tertulis dan tersirat adalah buat PERINGATAN dan PENGAJARAN untuk diri ini , sama-sama kita kongsi bersama, 


apakah motif gambar ini dikeluarkan.
mungkin ini adalah salah satu perubahan yang dilakukan yang menjurus sehingga ke arah ini.  INSYALLAH. 
perubahan yang semata-mata kerana cinta kepada ALLAH s.w.t.  :D


#sebenarnya ada banyak lagi ingin di kongsi, tapi mata aku ni asyik duk pandang tilam empuk je, haha, menandakannya untuk tidur, hehe, sekejap je. Al-maklumlah, pukul 5 berjaga. memanglah mengantuk sekejap kan,hehe.
Sat-sat lagi kita sambung naa. :D 

SYUKRAN JAZILAN .

No comments: