Wednesday, June 27, 2012

Sahabat versus Best Friend


err. rasanya macam setiap saat, setiap minit aku, update.so dalam memikirkan masa depan ni, aku nak share-share sikit sesuatu.hihihi tajuknya berbunyi begini
                      " SAHABAT versus BEST FRIENDS"

apa pendapat korang? bagi aku sahabat versus best friends ni bunyi macam serupa tetapi berbeza karakternye (macam pelik je bunyi dia), haha

tapi itulah hakikatnya yang kita sahabat, kawan, teman, best friends. tiada yang beza sebenarnya. 
pada pendapat aku, aku lebih suka SAHABAT berbanding BEST FRIENDS. sebab apa? sebabnya bagi aku SAHABAT itu menunjukkan yang kita berkawan dengan sesiapa sahaja kita mahu, tak kiralah dia itu baik, jahat, buruk,cantik, pandai atau bodoh, maknanya dia tidak memilih dalam berkawan,maksudnya bukan terlalu rapat, tetapi secara terbuka  manakala BEST FRIENDS ini pula rasanya terlalu specific, maksudnya berkawan hanya berdua, bertiga sahaja, means kawan yang sangat rapat, kiranya dia hanya akan bercampur dengan kawan-kawanya  tertentu sahaja, tidak secara terbuka.

. masing-masing ada pendapat sendiri,so, itu pendapat aku. HA. korang macam mana pula? korang lebih suka BEST FRIENDS ke atau SAHABAT? korang rasa sahabat best ke bestfriend lagi best? so fikir-fikirkanlah ye.

Bila dalam berkawan ni, macam-macam kita dapat rasa, macam-macam wujud perasaan negatif. korang mesti ada kan? tipulah kamu kalau tak ada, semua yang ada kawan mesti pernah merasainya. contohnya yang paling biasa cemburu, dengki, sombong, kedekut ilmu, susah nak bergaul dengan orang lain, dan sebagainya. itu simptom-simtomp negatif yang sebenarnya kita tidak patut ada dalam sesuatu hubungan persahabatan.

contohnya, macam diri aku sendiri, rasanya, aku sendiri tak pernah wujudkan sebuah BEST FRIEND dalam hidup aku. sebab bagi aku, best friends buatkan hidup aku jadi lebih complicated. lebih senang aku anggap semua BEST FRIEND aku adalah sahabat-sahabat aku, tidak kira lelaki ataupun perempuan. aku lebih senang bergaul dengan semua orang, aku tidak mahu wujud perasaan-perasaan negatif dalam diri bila bersahabat. aku takut aku sendiri yang merana. 

dan satu hal lagi, ini sifat yang sudah terbiasa dalam diri aku, merendah diri, pemaaf dan meminta maaf memang sifat aku tu memang tak boleh lari dari hidup aku, 
biasanya, kalau aku merasakan aku buat satu kesilapan walaupun kesilapan itu kecil, aku tetap ingin meminta maaf. biasanya perlakuan itu aku lakukan apabila, aku meilihat air muka sesorang, mungkin, cara dia memandang kita, mungkin dia saling pandang-memandang antara kawanya. so secara tidak langsung aku boleh teka ,mungkin dia tidak suka aku, mungkin dia tidak suka cara aku. aku faham, jadi aku patut melakukan sesuatu, contohnya, aku berdiam diri, aku cuba menunjukkan riak seperti tiada apa-apa yang berlaku. dan ini salah satu sifat aku dalam bersahabat, aku sangat-sangat meneliti sifat atau air muka orang lain terhadap diri kita. di situ, kita dapat tahu yang kita mungkin ada kesalahan, atau kesilapan yang mungkin membuatkan orang lain kurang senang dengan kita. kalau dia kelihatan sedih atau tidak gembira, secara automatiknya, saya cepat-cepat akan cuba buat dia gembira dan boleh juga kita memohon maaf, mungkin ada kesalan yang membuatkannya kecil hati, tak salahkan kita buat benda baik. 

bagi aku dan cara aku, cukuplah jika sahabat-sahabat kita tu bahagia dan gembira. aku sanggup buat apa, supaya semua sahabat aku gembira, bahagia,  dan tiada sifat negatif yang wujud dalam diri masing-masing.


mungkin pernah wujud , perasaan-perasaan negatif dalam diri, tapi aku cuba untuk mengelakkan, sebab aku tidak mahu kehilangan semua sahabatku. sebabnya aku terlalu sayangkan semua sahabatku sebagaimana aku terlalu sayangkan Allah, sebegitulah, kuatnya sayang aku terhadap mereka.

tiada sahabat, maka tiada wujudnya gelak ketawa. 
hilang persefahaman, hilanglah kejujuran.
maka hilanglah nilai persahabatan.

". sahabat , aku mohon semoga Allah meredhai persahabatan kita ini, semoga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa kita, setiap apa kesalahan yang dilakukan, kita hanya manusia yang hina di mata Allah, sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan kesempatan untuk kita bersama-sama mewujudkan kasih sayang antara kita,Insyallah. AMIN


# jujurnya aku sayang semua sahabat-sahabat ku  :D

Syukran jazilan :'D

No comments: