Sunday, June 24, 2012

Berdebar-debar lagi. FIUHH !


hello guys

Ahad malam isnin kan?
so sepatutnya aku balik kampus,tapi tak pun,ada sebab2 yang tidak dapat dijangkakan haha..well. bunyi macam serius je kan Actually, aku ada appoinment BRACES,huhu
macam biasalah, dok ketat2kan besi dekat gigi tu ha..and yang paling best tukar colour braces,wahaha
last month warna oren, tapi minggu ni tak tahulah depa nak letak warna apa kan, yang pasti semua warna aku dah pernah pakai haha, merah sudah, oren sudah, pink sudah, hijau sudah, biru turqoise pn sudah,
warna pelik2 je belum lagi, harap2 taklah kan, takut pelik pulak aku berckap dengan orang nanti,
buatnya bila aku bercakap nanti diaorang p bantai gelak aku pulak, memang hari2 aku pakai purdah kang,   (tak ke ayu namanya tu) wakaka :D

dah. dah. apehal lah lari tajuk aku hari ni, haha
biasalah gaya-gaya introduction yang tak berkait langsung kan.huhu

well,  lately, aku tengah buat persediaan sedikit-demi sedikit untuk p interbiew SPA ni ha
mahu taknye berdebar jantung aku sekarang ni, baru sahaja buat persediaan
belum , pergi lagi kan, dah gelabah gaban , Ha, Achane tu Johan..haha

Sebenarnya, aku takdalah serius sangat nak apply jawatan ni, tapi entah macam mana lah boleh sampai surat ni, tahutak yang pergi ambilsuart tu kat postman bukanya aku, AYAH aku pulak tu, memang sedaplah kena kau kena pergi nadiah oiiii. mana taknya, ayahnye dah lah kerja kerajaan. memang dia menggalakkan anak-anaknya pergi temuduga tu. HA ( padan muka siapa suruh apply awal2)
hambik kau.!

Alhamdulillah, setakat ni, inilah temuduga aku yang kedua kalinya, tapi kali ni temuduga aku dengan kerajaan kot, aku ini memang  nak cari kerja terus kot, belajor pun belum habis lagi dah berangan nak dapat kerja terus. hohoho . NAH ! HAMBIK KAU sekali lagi.

so memanglah nasib aku ni, entahlah macam mana. susah hendak ditafsirkan bagimana

hati aku berdoa pada Allah, patut ke aku pergi? aku takut, aku tak bersedia langsung ni,aku tak tahu apa yang harus aku cakap bila di temuduga nanti.

 entahlah.
aku masih berfikir2 fikir, aku buntu, hati aku sekejap kata nak pergi, sekejap lagi dia kata tak nak pergi, ARGHHH.. memang selenge betullah.

Malam semalam, sambil2 menonton tv dgn ayah and ibu, yang aku  kat sebelah tu duk online kt lappy lah.hihi
tiba-tiba ibu bersuara,

ibu: angah, dah sedia belum nak pergi temuduga tu
aku: terdiam seribu bahasa, speechless weyh. dengan muka aku yang buat2 sedih, macam tak nak pergi tu..huhu
ibu : angah macm tak nak pergi, tak payah lah, tak bersedia langsung, nanti, ternganga bila depan panel temuduga tu.
ayah: janganlah pengaruh dia supaya tak payah pergi, pergi ambil pengalaman je, kalau tak dpat tu belakang kira,  yang penting kita ada pengalaman, ayah bagi peluang ni sekali je, lepas ni takda dah. ( sebenarnya, panjang gila ayah bagi ceramah, malaslah nak cakap, sampai buat aku terdiam selama setengah jam.haha) HAMBIK KAU sekali lagi !, IBU pn terdiam)

keadaan terus jadi sunyi sepi, TV kt depan tu yang berckap sorang2.HAHA, aku nak menangis sebenarnya, tapi aku tahan, dahlah aku ni cepat meleleh orangnya, orang baru cakap sedkit je pun dah nak menangis, kalau orang marah apatah lagi kan. so inilah sifat yang tak boleh lari dari hidup aku,

Fiuhhhh.!  stressssoooo aku memikirkannya. selang setengah jam kemudian, aku masuk bilik, aku fikir2, adaa benarnya jugak kata ayah, dah nak masuk tiga minggu lebih kot, minggu depan lagi satu aku dah nak pergi interview tu, tapi persediaan aku biasa-biasa sahaja,

entah bila aku nak serius dengan semua ini, rasanya,aku kena banyak2 buat solat istikharah denga solat dhuha, supaya Allah tolong aku beri kekuatan dan semangat. Insyallah. 

walauapapun, aku akan teruskan dan pergi temuduga tersebut. biarlah apa pandangan mereka terhadap diri aku, aku adalah aku, dan aku dah cuba yang sehabis baik, itu sudah memadai buat aku. dan bila aku fikirkan sekali lagi, ini adalah masa depan aku, aku yang tentukan sendiri, bukan ayah, bukan ibu, pokok pangkalnya, aku sendiri, semuanya terletak di atas tanganaku sendiri. dan aku pasti. segalanya kehendak Allah, dan ujian ini aku harus juga hadapi walau apa yang terjadi pun. Insyallah.

#semoga semasa di temuduga nanti Allah memudahkan segala urusanku.dan melindungi aku.Amin


#merindui adik2ku dan kakakku. huhu terutama beihaMat tempat mengaduku yang paling best..hoho, tolonglah bagi semangat kt kakakmu ni,  :'(
 syukran jazilan. :D





No comments: